awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taara guna laser untuk tawarkan rangkaian internet di luar bandar

Amanz
Amanz
18/03/2025
03:30 MYT
Taara guna laser untuk tawarkan rangkaian internet di luar bandar
Menara laser Taara, dibina setiap 20 kilometer, menyediakan kelajuan internet sehingga 20 Gbps, menjadikannya alternatif yang kos efektif kepada kabel gentian optik. -Amanz
BEBERAPA tahun lalu Taara ditubuhkan di bawah payung Google X untuk menguji projek menawarkan perkhidmatan internet menggunakan sistem laser.

Ringkasan AI
  • Taara, asalnya projek Google X, kini menjadi syarikat bebas yang menawarkan perkhidmatan internet menggunakan sistem laser.
  • Menara laser Taara, dibina setiap 20 kilometer, menyediakan kelajuan internet sehingga 20 Gbps, menjadikannya alternatif yang kos efektif kepada kabel gentian optik.
  • Diuji di India dan Republik Demokratik Kongo, Taara berpotensi untuk bersaing dengan Starlink dalam menyediakan internet kepada kawasan luar bandar.

Kini Taara akan dikeluarkan daripada Google X dan akan menjadi syarikatnya tersendiri.
Taara menawarkan perkhidmatan internet dengan membina menara yang mempunyai pemancar laser untuk menyambungkan kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan internet.
Menara dibina setiap 20 kilometer dan mampu memberikan internet pada kelajuan 20 Gbps.
Modul yang diberi nama Lightbridge setinggi 76cm akan menghantar isyarat laser ke modul Lightbridge di menara berdekatan secara berganti-ganti.
Kerana kelajuan yang setanding kabel gentian kaca, Taara diberikan nama jolokan “fiber di udara” oleh penciptanya.
Ia ditawarkan sebagai alternatif kepada menanam kabel gentian kaca di kawasan pedalaman kerana kosnya yang lebih rendah.
Ia telahpun diuji di India dan Republik Demokratik Kongo. Alphabet melihat Taara mempunyai potensi untuk memberikan persaingan kepada Starlink.
Kawasan luar bandar boleh disambungkan dengan rangkaian internet menggunakan menara. -Amanz
Topic Berkaitan
#Taara
#Google X
#perkhidmatan Internet
#sistem laser
#fiber di udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan