GADGETS
WhatsApp perkenal beberapa ciri baharu termasuk emoji dan pelekat beranimasi

WhatsApp memperkenalkan emoji dan pelekat animasi yang menjadikan komunikasi lebih ekspresif, termasuk pelekat avatar sosial untuk interaksi unik antara pengguna. -Amanz
WHATSAPP kini lebih menarik dengan ciri baharu yang menjadikan komunikasi lebih menyeronokkan.
Ringkasan AI
- WhatsApp memperkenalkan emoji dan pelekat animasi yang menjadikan komunikasi lebih ekspresif, termasuk pelekat avatar sosial untuk interaksi unik antara pengguna.
- Tab Calls kini disusun semula untuk akses dan pengurusan panggilan yang lebih mudah, serta penambahan penuras dan kesan visual baharu untuk panggilan video.
- Ciri saluran dan status turut dipertingkat dengan undian bergambar, penandaan status kegemaran, dan keupayaan menyertakan kumpulan dalam status untuk penyebaran maklumat lebih efisien; semua ciri ini sedang dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna Android dan iOS.
Bagi pengguna yang gemar menggunakan avatar, WhatsApp menyediakan pelekat avatar sosial di mana pengguna boleh berinteraksi dengan kenalan yang turut mempunyai avatar sendiri untuk pengalaman lebih unik.
Tab Calls WhatsApp turut mempunyai susunan baharu yang lebih teratur bagi membolehkan pengguna mengakses panggilan, serta mengurus sejarah dengan lebih mudah.
WhatsApp turut menambah penuras video baharu untuk panggilan video serta rakaman gambar. Pengguna turut boleh memilih sehingga enam penuras dan kesan visual baharu untuk panggilan video menarik secara visual.
Selain itu, WhatsApp turut menambah ciri baharu untuk saluran dan status. Admin saluran kini boleh membuat undian bergambar di mana setiap pilihan dalam tinjauan akan mempunyai imej tersendiri.
Bagi pengguna yang gemar menyimpan status tertentu pula, WhatsApp kini membolehkan mereka menandakan status kegemaran untuk semakan akan datang.
Satu lagi ciri baharu yang diperkenalkan ialah keupayaan untuk menyertakan (mention) kumpulan (Groups) dalam status.
Apabila disertakan, semua ahli kumpulan akan menerima notifikasi sekali gus memudahkan penyebaran maklumat atau pengumuman kepada lebih ramai individu dalam satu masa.
Ciri-ciri ini sedang dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna Android dan iOS.
Jika pengguna masih belum menerima kemas kini ini, ia mungkin akan tersedia dalam beberapa minggu akan datang. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami