TAHUN lepas, WhatsApp telah menguji ciri transkrip mesej suara ke teks untuk iOS.
Ciri ini masih terhad untuk pengguna beta sahaja, tetapi baru-baru ini, TheSPAndroid menemui kod ciri yang sama untuk peranti Android pula.
Terdapat beberapa butiran baharu untuk ciri ini ditemui. Pertama adalah pengguna perlu memuat turun 150MB data tambahan.
Kedua ciri ini dilihat boleh dihidupkan dan dimatikan, kemudian WhatsApp turut dilihat akan menggunakan sistem pengecaman suara yang terbina dalam peranti pengguna untuk transkripsi yang disulitkan.
Tahun lepas, WABetaInfo melaporkan yang transkrip hanya menyokong bahasa yang sama ditetapkan untuk aplikasi dan teks mungkin tidak boleh dijana jika perkataan yang disebut dalam mesej suara tidak jelas.
Ciri ini masih dalam pembangunan dan ia mungkin akan tiba dalam masa terdekat.
Sama-sama kita nantikan. -Amanz
Amanz
Wed Mar 20 2024
Ciri ini masih dalam pembangunan dan ia mungkin akan tiba dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan. -Amanz
21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf
Syed Saleh memaklumkan jemaah yang masuk ke Madinah sebelum ini juga sudah berada di Mekah.
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Tanpa Tembakau: Melindungi Generasi Masa Depan
Ikuti kupasan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, mengenai aspek kesihatan bersempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Jangkitan paru-paru antara punca ramai jemaah haji dirawat di hospital
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hospital Arab Saudi.
Google, Magic Leap bekerjasama untuk pengeluaran produk realiti terimbuh
Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform.
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali.
Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global
Terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.
Arab Saudi kemuka dokumen jual sebahagian kepentingan Aramco
Pelabur telah lama menjangkakan penjualan saham berkenaan susulan Aramco sedang memperluaskan asasnya sambil menjana dana.
Malaysia Airlines terima tiga pesawat A330neo pada 2024
Malaysia Airlines akan menerima penghantaran tiga A330neo tahun ini, dengan yang pertama dijangka tiba pada suku ketiga 2024, sekali gus mengukuhkan penawaran produk utamanya serta prospek pertumbuhan masa depan dengan kumpulan pesawat berbadan lebar baharu dan susun atur kabin premium serba baharu.
WhatsApp uji ciri mesej suara ke transkrip untuk Android pula
Ciri ini masih dalam pembangunan dan ia mungkin akan tiba dalam masa terdekat.