MULAI hari penamaan, seseorang calon itu mempunyai 14 hari untuk mencari sokongan demi satu pangkah masing-masing daripada setiap pengundi di kawasan mereka.
Pengumuman calon Pilihan Raya Umum (PRU) daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga bermakna rasmilah tugas berkempen bagi setiap bakal wakil rakyat.
Dua minggu ini akan digunakan sepenuhnya untuk mempamer kehebatan masing-masing 'menawan' hati rakyat.
Pelbagai strategi diguna dan pendekatan berbeza dipakai untuk golongan muda yang dikata salah satu faktor penyumbang kemenangan calon selain warga emas yang tidak pernah dilupa.
Hari siang bakal calon ini dipenuhi dengan aktiviti lawatan rumah ke rumah, menyampaikan bantuan keperluan harian selain 'mempamer' muka bersama jentera parti.
Malam pula naik ke pentas ceramah-ceramah atau persembahan kugiran serta dikir barat di kawasan lapang di sana-sini.
Itu hasil pemerhatian saya di kawasan Kuantan dan sekitarnya sejak hari pertama selepas penamaan calon.
Saya yakin situasi sama juga berlangsung di kesemua 222 Parlimen seluruh negara — cuma pendekatannya mungkin sedikit berbeza bergantung kecenderungan budaya di kawasan tertentu.
''Buat dikir malam-malam, tukang karutnya akan buat dialog kempen kepada parti. Orang kampung sini suka dengar dikir,'' kata seorang penduduk di Beserah, kira-kira 30 kilometer dari Kuantan.
Pemuda itu saya temui selepas calon P082 Indera Mahkota, Datuk Adnan Wan Mamat dan N12,Datuk Mohd Hazmi Yusof bersama kumpulan dikir barat membuat persembahan di kawasan berkenaan.
Calon-calon kini diibarat wakil syarikat jualan multi level (MLM) dan akan kesana ke mari mencari 'downline' masing-masing.
Syaratnya mudah, lebih ramai 'downline' atau pengundi, lebih banyak majoriti yang akan diperoleh pada hari pembuangan undi kelak.
Buatlah apa sahaja, janjilah macam-macam perkara, paling penting 'downline' perlu puas hati.
Konsep MLM ini dilihat cara terbaik diguna beberapa calon yang saya temui di sini. Saya rasa tarikan ini diguna pakai kebanyakan calon di seluruh negara.
Minggu ini juga pengundi boleh membanding mahu menyertai MLM yang mana satu selain sibuk membantu calon menambah 'downline' baru.
Apa-apa pun,keputusan akhir terletak pada pengundi itu sendiri, mereka harus pandai menimbang tawaran terbaik calon dan parti itu sendiri — jangan sampai terpedaya dengan janji-janji manis dan akhirnya wakil rakyat hilang entah ke mana.
Kepada calon, jadilah 'upline' terbaik kepada 'downline' masing-masing.
Wan Syamsul Amly
Sun Apr 21 2013
![Minggu calon sibuk cari 'Downline'! Minggu calon sibuk cari 'Downline'!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81366537311_295x200.jpg)
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718005586_UzirMahidin.jpg)
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
![Budu, wau antara produk didaftarkan khazanah Kelantan Budu, wau antara produk didaftarkan khazanah Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708770837_TBBUDUKETEREH.jpg)
Budu, wau antara produk didaftarkan khazanah Kelantan
Budu, wau antara produk didaftarkan khazanah Kelantan
![Konsert Lefthanded di Stadium Sultan Muhammad IV dibatalkan Konsert Lefthanded di Stadium Sultan Muhammad IV dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51608870253_lefthanded.jpg)
Konsert Lefthanded di Stadium Sultan Muhammad IV dibatalkan
Difahamkan pihak penganjur sudah membatalkan konsert itu dan tidak mengumumkan bilakah tarikh lain untuk konsert berkenaan.
![10 berita pilihan sepanjang hari ini 10 berita pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51569073823_BeritaPilihan.jpg)
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 27 April 2020.
![Normal baharu: Lagu dikir barat didik masyarakat patuhi PKP - JaPen Kelantan Normal baharu: Lagu dikir barat didik masyarakat patuhi PKP - JaPen Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41587962242_FELDAjpg.jpg)
Normal baharu: Lagu dikir barat didik masyarakat patuhi PKP - JaPen Kelantan
Bagi memastikan rakyat khususnya masyarakat negeri Kelantan memahami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jabatan Penerangan Kelantan memperkenalkan sebuah lagu berkonsepkan Dikir Barat bagi tujuan itu.
![Persembahan dikir barat Terengganu lakar nama dalam MBOR Persembahan dikir barat Terengganu lakar nama dalam MBOR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61581782861_DikirBarat.jpg)
Persembahan dikir barat Terengganu lakar nama dalam MBOR
Persembahan yang disertai 2,020 pendikir muda itu berlangsung selama sejam tanpa henti dengan lapan bahasa.
![Abe Jali Salam Pantai Timur meninggal dunia Abe Jali Salam Pantai Timur meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51566099766_TBABEJALIMENINGGAL.jpg)
Abe Jali Salam Pantai Timur meninggal dunia
Arwah yang berusia 58 tahun dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat lalu selepas mengadu tiada selera makan dan mengalami serangan angin ahmar kali kedua yang menyebabkan mulut dan badannya lumpuh.
![Suara nelayan pendikir Suara nelayan pendikir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61367470703_120x90.jpg)
Suara nelayan pendikir
Wartawan Marlina Manaf mendekati nelayan empat beradik di Sabak, Kelantan.
![Minggu calon sibuk cari 'Downline'! Minggu calon sibuk cari 'Downline'!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81366537311_295x200.jpg)
Minggu calon sibuk cari 'Downline'!
Wan Syamsul Amly berkongsi pengamatannya mengenai tempoh kempen yang bermula selepas penamaan calon dan akan berakhir pada tengah malam menjelang hari pengundian 5 Mei ini.
![Dikir barat jadi medium kempen tarik pengundi di Kelantan Dikir barat jadi medium kempen tarik pengundi di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41365575537_295x200.jpg)
Dikir barat jadi medium kempen tarik pengundi di Kelantan
Dikir Barat, persembahan tradisional berbalas pantun dan puisi yang paling digemari masyarakat Melayu di Kelantan.