KUALA LUMPUR: Turnitin, peneraju global dalam penyelesaian integriti akademik, memperkenal ciri teknologi baharu yang membolehkan pendidik dan institusi memeriksa dan menilai kesahihan kerja akademik pelajar masing-masing, termasuk mengesan penggunaan peralatan Kecerdasan Buatan (AI) seperti ChatGPT.
Teknologi pengesan AI yang diaktifkan pada Rabu (5 April), akan membantu para pendidik mengesan berapa banyak ayat dalam tulisan pelajar mereka dijana oleh AI yang seterusnya boleh menentukan sama ada siasatan atau perbincangan lanjut perlu dilakukan ke atas pelajar berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Turnitin, Chris Caren berkata kini pendidik memberi keutamaan dalam mengesan teks bertulis AI untuk menilai ketulenan kerja pelajar mereka dan menentukan cara terbaik untuk berinteraksi dengan mereka.
"Teknologi pengesanan yang lancar penting dalam aliran kerja sedia ada dan kami telah sepadukannya dengan keupayaan pengesanan AI ke dalam penyelesaian Turnitin," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Naib Presiden Serantau Turnitin Asia Pasifik, James Thorley berkata ahli akademik, pendidik dan pentadbir universiti di Asia Tenggara menyedari mengenai potensi impak alatan AI seperti ChatGPT di rantau ini.
"Pendidik di Malaysia mengiktiraf impak alatan AI terhadap kualiti kerja pelajar dan pengalaman pembelajaran.
"Bagaimanapun, sementara masyarakat menyedari kelebihan alatan AI untuk tujuan kebaikan, pergantungan yang besar pada teknologi itu boleh membantutkan pemikiran kritis dan integriti akademik yang merupakan nilai teras untuk pembangunan masyarakat," kata Thorley.
Keupayaan pengesanan tulisan AI Turnitin tersedia dalam produk dan penyelesaian sedia ada, termasuk Studio Maklum Balas Turnitin (TFS), TFS dengan Keaslian, Ketulenan Turnitin, Kesamaan Turnitin, Simcheck, Semakan Keaslian dan Semakan Ketulenan+.
Untuk membantu komuniti pendidikan menavigasi dan mengurus teknologi baharu ini di dalam bilik darjah, Turnitin telah menerbitkan halaman AI writing resource page.
Halaman sesawang yang tersedia secara umum sentiasa dikemas kini dengan sumber praktikal daripada pasukan Pengajaran dan Pembelajaran syarikat, yang terdiri daripada pendidik dan bekas pendidik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023
![Turnitin perkenal keupayaan pengesanan tulisan AI untuk pendidik dan institusi Turnitin perkenal keupayaan pengesanan tulisan AI untuk pendidik dan institusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678283591_generickomputerl.jpg)
Turnitin memperkenal ciri teknologi baharu yang membolehkan pendidik dan institusi memeriksa dan menilai kesahihan kerja akademik pelajar. - Gambar hiasan
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Turnitin perkenal keupayaan pengesanan tulisan AI untuk pendidik dan institusi Turnitin perkenal keupayaan pengesanan tulisan AI untuk pendidik dan institusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678283591_generickomputerl.jpg)
Turnitin perkenal keupayaan pengesanan tulisan AI untuk pendidik dan institusi
Turnitin memperkenal ciri teknologi baharu yang membolehkan pendidik dan institusi memeriksa dan menilai kesahihan kerja akademik pelajar.