awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunga pahar terbesar dipamerkan

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2012
22:52 MYT
Bunga pahar terbesar dipamerkan
Bunga pahar adalah produk warisan adat resam melayu yang tidak asing lagi dalam majlis perkahwinan.
Selain menjadi perhiasan, ia juga akan diberikan kepada individu sebaik selesai merenjis.
Baru-baru ini pameran bunga pahar terbesar yang mendapat pengiktirafan Malaysian Books of Records telah diadakan di Festival Perkahwinan MARA 2012.
Jumlah keseluruhan ialah tujuh ribu kuntum bunga telur berwarna ungu dan merah jambu dan setiap kuntum diisikan dengan telur asin.
Dengan ketinggian 6 meter dan ukur lilit sepanjang 12 meter, bunga tersebut kemudiannya akan diagihkan ke rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur.
Ia merupakan anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Festival Perkahwinan MARA 2012.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, dengan penganjuran sebegini budaya dan warisan Melayu dapat dipromosikan terutamanya kepada pelancong.
Kita juga berupaya mengetengahkan alatan-alata dan hidangan-hidangan perkahwinan untuk pengantin.
Selain itu pada majlis sama turut diadakan majlis persandingan sepasang pengantin yang merupakan golongan Asnaf atau kurang berkemampuan dengan meriah.
Satu acara istimewa turut diadakan apabila pengantin diarak menggunakan motosikal berbentuk labu.
Topic Berkaitan
#Bunga pahar
#Festival Perkahwinan Mara
#MARA
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan