awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan WHO di Afghanistan berisiko ditutup pada Jun

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2025
00:00 MYT
Perkhidmatan WHO di Afghanistan berisiko ditutup pada Jun
Lebih 220 lagi fasiliti kesihatan berpotensi ditutup menjelang Jun 2025, menyebabkan tambahan 1.8 juta rakyat Afghanistan kehilangan akses kepada penjagaan kesihatan asas. - Gambar hiasan/REUTERS
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa 80 peratus daripada perkhidmatan yang disokongnya di Afghanistan berisiko ditutup menjelang jun 2025 akibat kekurangan dana.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, WHO menyatakan kekurangan dana ini berpunca daripada perubahan dalam "keutamaan bantuan pembangunan" dan pengurangan besar bantuan oleh Amerika Syarikat (AS).
Katanya, tanpa campur tangan segera, lebih 220 lagi fasiliti kesihatan berpotensi ditutup menjelang Jun 2025, menyebabkan tambahan 1.8 juta rakyat Afghanistan kehilangan akses kepada penjagaan kesihatan asas.
Setakat ini, sebanyak 167 fasiliti kesihatan telah pun ditutup akibat kekurangan sokongan kewangan.
Ketua WHO Afghanistan, Edwin Ceniza Salvador berlata, akibatnya akan diukur dalam jumlah nyawa yang terkorban.
Beliau menegaskan bahawa isu ini bukan sekadar masalah kewangan tetapi satu kecemasan kemanusiaan yang boleh menghapuskan kemajuan bertahun-tahun dalam memperkukuhkan sistem kesihatan Afghanistan.
WHO telah lama memberi amaran mengenai perkara ini, terutamanya selepas Presiden AS, Donald Trump, menandatangani perintah eksekutif untuk menarik keluar negara itu daripada WHO.
Penarikan ini, serta penghentian sumbangan Washington, telah menjejaskan sistem pemantauan campak global yang sebelum ini dibiayai sepenuhnya oleh AS.
Afghanistan mencatatkan lebih 16,000 kes campak yang disyaki serta 111 kematian sepanjang Januari dan Februari tahun ini
Bagaimanapun, angka ini dipertikaikan oleh pihak berkuasa Taliban yang kembali berkuasa pada 2021 selepas menumbangkan kerajaan yang disokong AS.
Kerajaan Taliban tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa dan bergantung kepada NGO, agensi-agensi PBB, serta penderma luar untuk memastikan sistem kesihatan negara terus berfungsi.
Topic Berkaitan
#WHO
#dana
#Afghanistan
#sokongan kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan