awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak segala aktiviti pantai

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2013
00:28 MYT
Elak segala aktiviti pantai
Penduduk sekitar perairan pantai timur kini tidak perlu bimbang akan taufan Sonamu.
Namun menurut setiausaha Majlis Keselamatan Terengganu, Tajul Ariffin Muhamad segala bentuk aktiviti di persisiran pantai masih perlu dielak.
Setakat ini keadaan laut masih bergelora dengan angin mencatat bacaan kelajuan sehingga 40 hingga 50 kilometer sejam menyebabkan aktiti laut masih lagi berbahaya.
Tegas Tajul Ariffin aktiviti tersebut perlu dielakkan sehingga keadaan kembali tenang.
Ketika ini, pesisir pantai Kelantan, Terenganu, Pahang dan Johor Timur masih berdepan angin kencang dengan ketinggian ombak melibihi 3. 5 meter.
Ia dijangka berterusan sehingga 13 Januari ini.
Selain Pantai Timur, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan turut menerima nasib sama.
Sementara itu, walaupun Kuching bukan dalam zon merbahaya ribut tropika Sonamu, kebanyakan penduduk terutama yang tinggal di tepi pantai sudah mulai risau dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Demi keselamatan diri, mereka akur perlu peka kepada perkembangan semasa dan arahan pihak berkuasa.
Mereka tidak dapat tidur malam kerana khuatir ombak besar melanda ketika sedang nyenyak tidur.
Ada segelintir sudah lali dengan air pasang besar.
Menurut penduduk aktiviti nelayan turut dihentikan sebagai langkah keselamatan.
Sementara itu Jabatan Meteorologi memaklumkan kawasan pantai di Kuching turut terdedah dengan kenaikan paras air laut.
Ia dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.
Topic Berkaitan
#gelombang banjir
#Jabatan Meterologi Malaysia
#Pantai Timur
#ribut sonamu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan