Fri Nov 22 2013


Gambar John F. Kennedy dengan isterinya Jacqueline Bouvier Kennedy pada tahun 1950an. Beliau berkahwin dengan hartawan perkapalan Aristotle Onassis lima tahun selepas pembunuhan JFK. Beliau juga membina kerjaya sebagai pengarang buku. -AFP Photo

Gambar bertarikh 22 November 1963 menunjukkan saat-saat terakhir sebelum Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy ditembak mati ketika menyertai perarakan terbuka. Kennedy (1917-1963) merupakan seorang Katolik dan individu termuda yang dipilih sebagai presiden parti Demokratik. -AFP Photo

Diapit oleh Jackie Kennedy (kanan) dan isterinya Lady Bird Johnson (dua dari kiri), Naib Presiden Lyndon Johnson (tengah) mengangkat sumpah di hadapan Hakim Negara Sarah Hughes (kiri) dan mengambil alih jawatan presiden Amerika Syarikat pada 22 November 1963, berikutan pembunuhan Presiden John F. Kennedy di Dallas. Upacara ini dilakukan sejurus selepas kematian Kennedy diumumkan, di dalam kapal terbang kerajaan Air Force One di hadapan sejumlah 27 orang. -AFP HAND OUT /White House Photographs/JOHN F. KENNEDY PRESIDENTIAL LIBRARY AND MUSEUM

Selang beberapa jam selepas kematiannya diumumkan kepada rakyat, mayat Presiden John F. Kennedy dibawa ke Hospital Bethesda Naval di Maryland untuk proses autopsi segera. - Foto AFP

Wanita Pertama Amerika Syarikat Jacqueline Kennedy dan Robert Kennedy masuk ke dalam ambulans tentera laut yang membawa mayat Presiden John Fitzgerald Kennedy, pada November 22, 1963 di Andrews Air Force Base, Washington, DC. Mayat Presiden Kennedy kemudian di bawa ke Hospital Bethesda Naval Hospital untuk autopsi. -AFP Photo

Jacqueline Kennedy berdiri dengan dua anaknya Caroline Kennedy dan John F. Kennedy Jr dan iparnya Ted Kennedy (kiri, belakang) dan Robert Kennedy (kanan) pada pengebumian suaminya Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy pada 26 November 1963 di Washington, DC. Anaknya John F. Kennedy, Jr. dilaporkan hilang pada 17 July 1999 setelah berlepas dari lapangan terbang kecil berhampiran New York menuju ke Martha's Vineyard. -AFP Photo

Gambar arkib pada 24 November 1963 ini menunjukkan Jacqueline Kennedy, bekas balu Presiden John F. Kennedy, ketika meninggalkan bangunan Capitol AS di Washington. Menemaninya ketika itu ialah anak-anaknya dan ahli keluarga. John F. Kennedy Jr(dua dari kanan); Caroline Kennedy (tengah), Robert Kennedy (kiri) and Jean Kennedy Smith (dua dari kiri) -AFP HAND OUT -White House Photographs/JOHN F. KENNEDY PRESIDENTIAL LIBRARY AND MUSEUM

Para pengawal memberikan penghormatan terakhir kepada keranda mendiang Presiden Amerika Syarikat, John Fitzgerald Kennedy (JFK) di Capitole Rotunda di Washington, D.C, 24 November 1963 semasa pengebumian Presiden. Ribuan rakyat hadir bagi memberi penghormatan terakhir mereka sepanjang hari sehingga malam. -AFP PHOTO

Keranda yang dibalut dengan bendera Amerika Syarikat dibawa masuk ke Saint-Matthew Cathedral pada 24 November 1963 di Washington, ketika majlis pengebumian Presiden John F. Kennedy. Mayat mendiang presiden itu kemudian dikebumikan di Arlington National Cemetery di Virginia. -AFP Photo

Keranda mediang Presiden John Fitzgerald Kennedy (JFK) diarak di bandar Washington D.C., pada 24 November 1963 ketika upacara pengebumian Presiden. Keranda berbalut bendera negara Amerika Syarikat itu diiringi pengawal menuju ke Katedral Saint-Matthew. -AFP Photo

Ahli keluarga dan ketua-ketua negeri memberi penghormatan terakhir mereka di hadapan keranda mendiang Presiden John Fitzgerald Kennedy (JFK), pada 24 November 1963 di tanah perkuburan Arlington, semasa pengebumian beliau. -AFP Photo

Gambar bertarikh 22 November 1963 menunjukkan pembunuh Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy, Lee Harvey Oswald (tengah, tanpa topi), pada sidang akhbar selepas dia ditangkap di Dallas. Lee Harvey Oswald kemudian dibunuh oleh Jack Ruby pada 24 November, pada petang sebelum majlis pengebumian Kennedy. -AFP Photo

Muzium Historic Auto Attractions mempamerkan kereta 'Secret Service' sebenar yang mengikuti Presiden John F. Kennedy ketika beliau dibunuh di Dallas. Muzium tersebut mempamerkan sebahagian besar barangan peribadi milik mendiang presiden terbabit ketika masih hidup dan setelah meninggal dunia. -Scott Olson/Getty Images/AFP

Muka depan beberapa suratkhabar di Amerika Syarikat tentang pembunuhan Presiden John F. Kennedy yang dipamerkan di Newseum pada 26 September 2013 di Washington. Newseum mengadakan pameran khas sempena memperingati ulangtahun ke-50 tragedi pembunuhan tersebut. -AFP PHOTO / Brendan SMIALOWSKI

Tanda "X" pada Elm Street di mana Presiden John F. Kennedy telah ditembak berhampiran bekas Texas School Book Depository. Penembak disyaki melepaskan tembakan dari tingkat enam bangunan berkenaan. -Ronald Martinez/Getty Images/AFP

Tingkap tingkat enam bekas bangunan Texas School Book Depository, lokasi di mana Lee Harvey Oswald dikatakan menembak Presiden John F. Kennedy. Bangunan ini masih kekal namun kini menjadi bangunan Bangunan Pentadbiran Dallas. -Ronald Martinez/Getty Images/AFP

Presiden Barack Obama, Wanita Pertama Michelle Obama bersama bekas presiden Bill Clinton dan Hillary Clinton menyertai majlis meletakkan kalungan bunga sebagai penghormatan kepada presiden ke-35 Amerika Syarikat John F. Kennedy di makam Kennedy di Arlington National Cemetery. Terdahulu di White House, Obama mengurniakan Pingat Keamanan, yang diilhamkan oleh Kennedy sebagai penghormatan tertinggi kepada orang awam, untuk Presiden Clinton. -AFP PHOTO / Mandel Ngan

Presiden Barack Obama sebelum itu di White House, mengurniakan Pingat Keamanan, yang diilhamkan oleh Kennedy sebagai penghormatan tertinggi kepada orang awam, kepada bekas presiden Bill Clinton. Turut hadir ialah bekas Setiusaha Negara Hillary Clinton -AFP Photo

Peta pemandangan Dealey Plaza di Dallas, Texas, menunjukkan laluan rasmi perarakan terbuka President John F. Kennedy pada 22 November 1963. Pangkah merah menunjukkan lokasi tepat mendiang ditembak. Foto lakaran ini diadaptasi daripada laporan Warren. WIKIPEDIA /WALLOON

PM Anwar ucap takziah atas pemergian bekas Presiden Vietnam

Cadangan umur persaraan 65 tahun wajar dipertimbang – PM Anwar

Israel serang gudang bekalan perubatan di Gaza, cetus kebakaran besar

Kenderaan berat gagal patuhi peraturan boleh dikenakan tindakan undang-undang - JPJ
Dari tingkat 70 Menara Jam Makkah, pemandangan yang tak pernah jemu dipandang. Kaabah tetap menakjubkan, dari mana pun kita melihatnya
Polis terima maklumat NGO bakal anjur perhimpunan di ibu negara Sabtu ini

AirAsia meterai RM99.5 juta kontrak perkhidmatan carter dengan ATM

LIMA'25: PM Defence, DASAL meterai perjanjian pindah teknologi dron
