awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaja, peniaga kecil ditawarkan kredit RM50k

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2012
02:52 MYT
Penjaja, peniaga kecil ditawarkan kredit RM50k
Bermula Januari 2013, Pinjaman Skim Mikro Kredit sehingga RM 50,000 akan ditawarkan kepada penjaja dan peniaga kecil.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keutamaan diberi kepada mereka yang terbabit dalam Menu Rakyat 1 Malaysia (MR1M).
Menurut beliau, skim itu melibatkan peruntukan berjumlah RM50 juta.
Kira-kira 1.5 juta peniaga dan penjaja kecil di negara ini dijangka mendapat manfaat tersebut melalui insentif yang ditawarkan.
Skim pinjaman tanpa faedah itu akan dikendalikan Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat).
Kementerian pada tahun depan bercadang untuk menambah 1,000 lagi kedai MR1M namun ia bergantung kepada persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sabri berkata demikian selepas sambutan Hari Inovasi dan Perhimpunan Bulanan Kementerian di Putrajaya.
Sehingga kini terdapat 3,188 kedai yang menawarkan MR1M, 85 kedai Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dan 565 Kedai Tukar.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#MR1M
#Pinjaman Skim Mikro Kredit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan