awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fiji dilanda puting beliung

AFP
AFP
17/12/2012
08:59 MYT
Fiji dilanda puting beliung
Ribuan terpaksa dipindahkan di Fiji ekoran ancaman puting beliung yang turut mengakibatkan gangguan elektrik dan banjir kilat.
Puting Beliung Tropika Evan yang melanda pulau Viti Levu dengan kelajuan melebihi 200 kilometer sejam mengakibatkan pokok tumbang, menghalang lalu lintas dan penerbangan terpaksa dibatalkan.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa Fiji berkata setakat ini tiada laporan kematian, tidak seperti kejadian di Samoa yang mengakibatkan empat terbunuh dan 10 yang lain dilaporkan hilang.
Namun jurucakap kerajaan, Sharon Smith-Johns memberi amaran agar penduduk Fiji bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau berkata perancangan kecemasan telah banyak membantu termasuk usaha memindahkan ratusan pelancong dari hotel yang terletak di pinggir pulau tersebut.
“Kami tidak tahu berapa teruknya keadaan sekarang, kita hanya akan mengetahui pagi esok betapa buruknya keadaan sebenar,” beliau berkata.
Topic Berkaitan
#cyclone
#Fiji
#pasific
#sharon smith-johns
#viti levu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan