awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
Dos kelahiran vaksin Hepatitis B kekal dalam Program Imunisasi Kebangsaan - KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Malaysia berpindah ke Dewan M'sia

Bernama
Bernama
17/01/2013
13:41 MYT
Pelajar Malaysia berpindah ke Dewan M'sia
Education Malaysia (EM) Indonesia hari ini mengarahkan pelajar Malaysia yang terjejas teruk dengan banjir di Jakarta supaya berpindah ke Dewan Malaysia di Jakarta Pusat.
Pengarah EM Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata pada masa ini semua pelajar Malaysia berada dalam keadaan selamat dan telah bersiap sedia berpindah jika diarahkan oleh pihak berkuasa berbuat demikian.
"Pihak EM Indonesia sentiasa berhubung dengan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia (PKPMI) Cawangan Jakarta Asydad Azharudin dan Pengerusi Kelab Umno Jakarta, Farisan, untuk mendapatkan perkembangan terkini pelajar-pelajar yang terlibat selain telah mengarahkan agar prosedur operasi standard (SOP) bencana diaktifkan," katanya di sini hari ini.
Kawasan kediaman pelajar Malaysia di Grogol dan Tanjung Duren di Jakarta Barat, adalah antara kawasan dinaiki air antara 0.2 meter hingga 1 meter, dalam kejadian banjir di Jakarta akibat hujan lebat sejak awal hari ini hingga tengah hari ini.
Pelajar Malaysia yang terlibat kebanyakannya penuntut fakulti perubatan dan fakulti pergigian di Universiti Kristen Krida Wacana (UKRIDA) dan Universiti Trisakti. Kedua-dua universiti itu telah membatalkan kuliah pada hari ini kerana kawasan universiti turut terjejas akibat banjir.
Kerajaan Pentadbiran Ibukota Jakarta telah mengisytiharkan Darurat Banjir mulai hari ini hingga Januari 27 berikutan banyak tempat dinaiki air termasuk kebanyakan jalan utama menuju ke pusat bandar.
Topic Berkaitan
#education malaysia jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan