awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkim Perlis cadang bina bangunan sendiri

Bernama
Bernama
26/12/2012
07:28 MYT
Perkim Perlis cadang bina bangunan sendiri
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) negeri Perlis bercadang membina sebuah bangunan sendiri bagi membolehkan kegiatannya dilakukan secara berpusat, kata Pengerusinya, Datuk Abu Bakar Ahmad Rabu.
Katanya bangunan setinggi empat tingkat bernilai RM3 juta itu akan dibina di Kangar dan antara kemudahan yang bakal disediakan termasuk penempatan sementara kepada saudara baru.
"Bangunan ini juga akan mempunyai bilik kursus, dewan dan kompleks perniagaan," katanya semasa berucap di majlis penyampaian hadiah pelbagai jenis pertandingan membabitkan saudara baru sempena sambutan Ma'al Hijrah 1433 di Pusat Kegiatan Perkim Perlis, Jalan Kolam hari ini.
Menurut Abu Bakar, sebuah syarikat telah membuat pengakuan untuk menyumbang sebahagian daripada kos pembinaan bangunan terbabit manakala bakinya daripada dana yang disumbangkan orang perseorangan.
Mengenai pertandingan selama lima hari yang berakhir hari ini, beliau berkata ia merupakan kegiatan tahunan Perkim negeri Perlis dengan kerjasama Wanita Perkim negeri sejak lebih sepuluh tahun lalu.
Pertandingan yang membabitkan penyertaan 70 saudara baru itu ialah tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, kuiz agama, syarahan agama dan ujian amalan solat untuk saudara baru yang memeluk agama Islam tidak melebihi dua tahun.
Topic Berkaitan
#(Perkim)
#Datuk Abu Bakar Ahmad Rabu
#Islam
#Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan