awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Perak, Selangor berkongsi mata

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2013
01:14 MYT
Liga Super: Perak, Selangor berkongsi mata
Selangor gagal meneruskan rentak kemenangan apabila sekadar seri 1-1 dengan Perak dalam satu perlawanan Liga Super di Stadium Lumut pada Selasa.
Babak pertama menyaksikan Perak dan Selangor kebuntuan jaringan, meskipun mencipta beberapa peluang gol.
Masuk babak kedua, perlawanan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan kerap berbalas serangan.
Namun, Selangor sedikit tertekan apabila Amri Yahyah dilayangkan kad merah.
Kekurangan seorang pemain bagaimanapun tidak menghalang pelawat mendahului pada minit ke-66.
Francis Forkey Doe berjaya meledak rembatan dari luar kotak penalti yang menerjah gawang lawan.
Bagaimanapun, Perak berjaya meraih jaringan penyamaan, apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-81, selepas Asraruddin Putra Omar menjatuhkan Failee Ghazali dalam kawasan penalty.
Abdul Hadi Yahya tenang menyempurnakan sepakan dan kedua-dua pasukan pulang dengan berkongsi mata.
T-Team bernasib baik apabila berjaya meraih kemenangan tipis 1-0, ke atas LionsXII di Kuala Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasirrudin Shah.
Tuan rumah meraih sepakan penalti, apabila Faritz Hameed, tertampan bola dengan tangan.
Badrul Hisyam Morris tenang menyempurnakan sepakan untuk mengesahkan kemenangan buat skuad kendalian Peter Butler.
Sementara itu, Kelantan dan Negeri Sembilan seri tanpa jaringan manakala Pahang menang besar 3-0 ke atas Terengganu.
Darul Takzim FC mengalahkan PKNS 3-1 manakala ATM berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Felda United.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Liga Super
#Perak
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan