awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpaskan sindiket internet 'macau scam'

Bernama
Bernama
25/12/2012
01:37 MYT
Polis tumpaskan sindiket internet 'macau scam'
Polis menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa menggunakan Internet atau 'Macau Scam' dengan tertangkapnya 51 orang dalam serbuan di dua buah rumah banglo di Seksyen 12 dan di Setia Bistari, Bukit Damansara, di sini Isnin.
Daripada 51 tahanan itu, 45 adalah lelaki dan enam wanita dengan 46 daripada mereka adalah warganegara Taiwan, empat warganegara China dan seorang rakyat tempatan.
Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ACP Kamaruddin Md. Din berkata kesemua mereka berusia antara 20 dan 40 tahun ditahan dalam operasi tiga jam bermula 12.45 tengah hari.
Beliau berkata 'Macau Scam' itu dipercayai diketuai seorang warga Taiwan dan berjaya menipu ramai warga China dan Taiwan dengan memperdayakan mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga.
"Sindiket ini tidak beroperasi di negara sendiri bagi mengelak dikesan pihak berkuasa negara mereka dan mereka berpangkalan di negara ini," katanya kepada pemberita di Seksyen 12, di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#ACP Kamaruddin Md. Din
#Bukit Damansara
#i Setia Bistari
#Macau Scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan