Skip to main content

Malaysia

PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'

PENDAKWAH PU Amin, PU Rahmat dan Imam Muda Asyraf antara yang mengikuti misi murni ke Rafah.  PU Rahmat atau nama penuhnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 33, menerusi Instagram berkongsi khabar dia dan dan dua lagi agamawan terpilih dalam Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke G4z4.
Dari kiri, Amin, Rahmat dan Asyraf. - Foto Sinar Harian

PENDAKWAH PU Amin, PU Rahmat dan Imam Muda Asyraf antara yang mengikuti misi murni ke Rafah.

PU Rahmat atau nama penuhnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 33, menerusi Instagram berkongsi khabar dia dan dan dua lagi agamawan terpilih dalam Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza.

Advertisement

"Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Berkuasa. Kami bertiga dipilih Allah untuk menuju sempadan yang paling kontroversi dan bahaya iaitu Rafah.

"Setelah bertahun-tahun usaha diplomasi dilakukan, kita bakal menembusi sempadan Rafah dengan minimum 30 kontena bantuan buat rakyat Gaza," kongsinya.

Berlepas pada 3 petang Ahad, PU Rahmat berharap bantuan yang dibawa sampai ke sasarannya.

"Semoga bantuan kita yang tidak seberapa ini selamat sampai ke perut anak Gaza! Dengan jiwa dan darah, kami akan berkorban untukmu, wahai Al-Aqsa," titipnya penuh semangat.

Terdahulu, media berkongsi Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 berlepas pada 5 April biarpun menerima tempias ekonomi susulan krisis di Asia Barat.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan mengetuai Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0  bagi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), membabitkan sebanyak 374 tan bantuan kemanusiaan bagi membela nasib warga Palestin di Gaza. - Sinar Harian

 

Must Watch Video