Skip to main content
Advertisement

Gaya Hidup

BMAI perkenal GCARBON TURBO 4, kasut maraton berplat karbon penuh untuk kejar rekod peribadi

GCARBON TURBO 4 kini ditawarkan bagi bulan pertama selepas pelancarannya pada harga istimewa RM49
GCARBON TURBO 4 dibangunkan khusus untuk pelari berpengalaman yang menyasarkan catatan maraton bawah tiga jam 30 minit, selain sesuai digunakan oleh pelari kompetitif dalam sesi latihan mengikut rentak perlumbaan.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jenama larian profesional, BMAI memperkenalkan kasut maraton berplat karbon penuh terbaharunya, GCARBON TURBO 4, yang direka khas untuk membantu pelari mencapai catatan peribadi terbaik dalam perlumbaan jarak jauh.

Pelancaran model flagship itu menandakan langkah terbaharu BMAI dalam memperkukuh inovasi peralatan larian menerusi gabungan teknologi terkini yang memberi tumpuan kepada prestasi, kestabilan dan keselesaan pengguna.

Ketua BMAI Malaysia, Hunter Wang berkata, GCARBON TURBO 4 dibangunkan khusus untuk pelari berpengalaman yang menyasarkan catatan maraton bawah tiga jam 30 minit, selain sesuai digunakan oleh pelari kompetitif dalam sesi latihan mengikut rentak perlumbaan.

Menurut beliau, model berkenaan menggabungkan beberapa teknologi utama termasuk plat karbon penuh T1000, busa superkritikal nilon BoomMAX Evonik yang dipertingkatkan, lidah kasut satu bahagian yang fleksibel serta tapak luar Cast PU.

“Koleksi terbaru ini merupakan kasut perlumbaan maraton berplat karbon flagship kami yang dibangunkan dengan matlamat utama untuk membantu pelari mencapai catatan peribadi terbaik mereka.

“Kami mahu memberikan sokongan yang lebih baik kepada pelari supaya mereka dapat mengekalkan langkah yang stabil, semula jadi dan terkawal ketika mengejar pencapaian terbaik seterusnya,” katanya ketika pelancaran model itu di sini pada Rabu.

Katanya, penggunaan plat karbon penuh T1000 membantu menghasilkan daya tolakan yang lebih responsif pada setiap langkah, sekali gus membolehkan pelari mengekalkan momentum dan kecekapan ketika meningkatkan kelajuan.

Bagi meningkatkan kestabilan, kasut itu turut menampilkan reka bentuk tapak tengah yang lebih lebar dengan bahagian hadapan dilebarkan empat milimeter (mm) dan bahagian tengah sebanyak enam mm.

Wang berkata, kombinasi tersebut membolehkan pengguna menikmati sokongan yang lebih baik di bawah kaki selain membantu pemindahan tenaga yang lebih lancar daripada fasa pendaratan sehingga tolakan hujung kaki.

Dari aspek keselesaan, GCARBON TURBO 4 menggunakan material woven mesh pada bahagian atas kasut bagi memastikan aliran udara yang baik, manakala lidah satu bahagian yang fleksibel membantu memberikan padanan yang lebih kemas.

Pada masa sama, tapak luar Cast PU menawarkan cengkaman lebih baik di permukaan jalan sama ada dalam keadaan kering atau basah, menjadikannya pilihan sesuai untuk pelbagai situasi latihan dan perlumbaan.

GCARBON TURBO 4 mempunyai berat kira-kira 135 gram bagi saiz 37 dan 172 gram untuk saiz 41, selain hadir dengan drop 4.5 mm. Kasut itu dijual pada harga RM629 sepasang.

Bagaimanapun, sempena pelancarannya, BMAI menawarkan harga pengenalan khas RM499 sepanjang bulan pertama menerusi kedai rasmi BMAI dan peruncit sah terpilih.

Ditubuhkan di China pada 2015, BMAI atau “Be Myself” memberi tumpuan kepada pembangunan kasut, pakaian dan peralatan larian profesional.

Di Malaysia, jenama itu kini mempunyai tiga lokasi BMAI Runner House di Kepong, Setapak dan Seberang Jaya, selain merancang untuk mengembangkan kehadirannya ke Johor Bahru serta kawasan Pantai Timur pada masa hadapan.

Menerusi falsafah “Be Myself, Every Step Beyond”, BMAI berhasrat menyediakan peralatan larian yang profesional, boleh dipercayai dan mudah diakses bagi memenuhi keperluan komuniti pelari yang semakin berkembang di negara ini.

Must Watch Video

Advertisement