Dianggarkan 1.2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah inkontinens atau ketidakupayaan mengawal pembuangan air kencing.
Presiden Yayasan Kontinens Malaysia Dr Peter Ng berkata inkontinens urinari (gagal mengawal pundi kencing) lebih banyak dihadapi wanita berbanding lelaki, iaitu gangguan lantai pelvik yang paling lazim dialami dan tahap penyakit itu berbeza bagi setiap orang.
Perunding Urologi itu berkata seorang daripada 10 wanita, biasa menghadapi masalah inkontinens, manakala seorang daripada 20 lelaki pernah mengalami simptom itu.
Beliau berkata terdapat dua jenis inkontinens urinari yang dihadapi wanita iaitu 'inkontinens tekanan' dan 'inkontinens desakan'.
Inkontinens tekanan disebabkan batuk, ketawa, bersin, bersenam, mengangkat bebanan dan melakukan aktiviti berat manakala inkontinens desakan merujuk kepada pembuangan air kecil secara tidak terkawal dan dicetuskan secara rambang oleh bunyi air mengalir atau kurang minum air, katanya.
Dr Ng berkata sesetengah wanita dan lelaki mengalami simptom inkontinens jenis tekanan dan desakan serentak, bagaimanapun kedua-kedua jenis inkontinens urinari ini boleh dirawat.
Beliau menegaskan inkontinens bukan sejenis penyakit tetapi lebih kepada simptom keadaan lain dan tanda-tanda menunjukkan sesuatu di dalam badan anda tidak berfungsi dengan baik.
"Inkontinens urinari boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi ia menjadi lebih lazim dengan peningkatan usia. Jika anda semakin berumur, lelaki dan wanita mempunyai masalah urin yang sama.
"Satu-satunya perbezaan adalah kelenjar prostat. Lelaki mempunyai kesukaran membuang air (biasanya disebabkan pembesaran prostat) dan wanita mudah bocor (biasanya disebabkan otot pelvik yang lemah)," jelas beliau.
Ditanya tentang punca inkontinens, Dr Ng berkata terdapat banyak faktor inkontinens dan kadang-kadang ia hanya keadaan sementara yang dicetuskan oleh makanan tertentu atau cecair seperti alkohol dan kafein, yang mungkin mengganggu lapisan pundi kencing.
Bagi wanita ia disebabkan mengandung dan melahirkan anak, apabila lantai otot pelvik atau sfinkter (gelang otot) urinari atau saraf yang mengawal otot ini rosak, dan disebabkan otot pundi kencing lemah, katanya.
Dr Ng berkata lebih 80 peratus kes boleh diubati sama ada dengan mengawal pergerakan usus, melakukan senaman otot lantai pelvik, latihan pundi kencing, pengambilan ubatan dan pembedahan, jika perlu.
Beliau berpendapat inkontinens bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani dan ia boleh menjadi rumit apabila orang tersayang menghadapinya, kerana dianggap sesuatu yang memalukan atau dilarang untuk membincangkannya.
"Apabila masyarakat sedar berapa ramai yang mengalami kesukaran inkontinens urinari, jadi mereka tidak akan malu untuk menanganinya. Nasihat saya kepada mereka yang mengalami simptom ini, sila berjumpa pakar urologi untuk didiagnos supaya anda boleh menjalani kehidupan normal," katanya.
Kajian daripada TENA Malaysia, pakar terkemuka dalam inkontinens urinari dan lemah pundi kencing, mendedahkan tiga peratus daripada penduduk dunia mengalami simptom ini.
Kajian itu mendapati 77 peratus daripada responden menyatakan inkontinens memberi kesan negatif kepada keyakinan diri, 74 peratus (menyiapkan tugasan), 64 peratus (aktiviti fizikal) dan 45 peratus (memberi tumpuan).
Bernama
Tue Aug 13 2013
BJAK perlu pohon secara rasmi, buat pembentangan - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak menolak perkongsian strategik dengan mana-mana pihak ketiga atau swasta untuk melakukan perkhidmatan bagi pihak agensi di bawah kementerian itu, namun ia perlu dilakukan dengan cara yang betul dan mendapat kebenaran.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihaknya tidak mahu ada mana-mana syarikat yang secara tiba-tiba melancar dan mengumumkan penyediaan perkhidmatan untuk jabatan kerajaan tanpa pengetahuan kementerian sendiri.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihaknya tidak mahu ada mana-mana syarikat yang secara tiba-tiba melancar dan mengumumkan penyediaan perkhidmatan untuk jabatan kerajaan tanpa pengetahuan kementerian sendiri.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohon secara rasmi jika mahu perkongsian strategik dengan MOT, JPJ - Loke
MOT tidak menolak perkongsian strategik dengan mana-mana pihak ketiga atau swasta untuk melakukan perkhidmatan bagi pihak agensi di bawah kementerian itu.
Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Operasi Unit Perdagangan JPJ KL dipindahkan sementara akibat limpahan air
Pengoperasian Unit Perdagangan (Pintu 4) dipindahkan ke Pintu 5 dan Pintu 2 buat sementara waktu bagi memastikan operasi unit itu tidak terjejas.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
1.2 juta rakyat negara ini terutamanya wanita sukar kawal kencing - Pakar
Inkontinens urinari (gagal mengawal pundi kencing) lebih banyak dihadapi wanita berbanding lelaki.