Hanya 11 hari cuti sakit sepanjang 33 tahun berkhidmat sebagai guru. Sukar dibayangkan, namun itulah realiti pengorbanan sebenar Tan Sri Yahaya Ibrahim demi anak didiknya.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Yahaya dalam kalangan pendidik, berkata sikap malas termasuk ponteng kerja bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama malah mampu memberi kesan kepada pelajar.
"Kita seronok boleh ponteng kerja. Kita perlu ikut ajaran agama (Islam), malah apabila bulan puasa, agama tak suruh kita berhenti kerja dan perlu bekerja macam biasa.
"Orang sekarang ini apabila hari Isnin atau Jumaat, ambil MC (cuti sakit) ... apa akan jadi pada negara dan anak cucu pada masa akan datang (jika bersikap sedemikian), ketika itu kita tidak mampu melindungi dan menjaga mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku 'Yahya Ibrahim; Ikon Pendidikan Negara' yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini hari ini.
Berkongsi rahsia kesihatannya, ikon pendidikan negara yang berumur 88 tahun itu berkata beliau mengamalkan cara hidup sihat dengan berjalan secara perlahan selama 25 minit dan melakukan senaman fizikal selama 15 minit setiap pagi.
Selain itu, Yahaya juga menitikberatkan soal keagamaan dan sentiasa menghargai kurniaan Allah serta berikhtiar membaiki segala kelemahan diri.
Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 18 Feb 1929, Yahaya yang merupakan lepasan Kirkby College memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan pada 1954 dan terus aktif sehingga hari ini dengan melibatkan diri dalam dunia pendidikan swasta serta pendidikan tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2017
Cikgu Yahaya berkata, sikap malas termasuk ponteng kerja bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama malah mampu memberi kesan kepada pelajar. - Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
30 tahun berkhidmat, Cikgu Yahaya hanya 'MC' 11 hari
Ikon pendidikan negara yang berumur 88 tahun itu berkata beliau mengamalkan cara hidup sihat dengan bersenam.