Masyarakat peranakan Baba dan Nyonya yang merupakan kaum minoriti di Melaka pada masa kini menghadapi pelbagai cabaran serta tekanan ekoran arus pemodenan dan proses perubahan yang kian mencabar pada abad ke-21 ini.
Menurut generasi kelima kaum Peranakan berkenaan, Lee Yuen Thien, 30, salah satu cabaran yang terpaksa dilalui Baba dan Nyonya adalah pengaruh Barat dan media asing yang dilihat barjaya mengubah identiti dan budaya etnik tersebut.
"Pada masa kini kita dapat lihat banyak perkara diringkaskan seperti adat dan amalan masyarakat Baba dan Nyonya kini tidak lagi diamalkan secara menyeluruh dalam kalangan generasi muda golongan kami.
"Semua perkara diambil mudah sehingga akhirnya identiti Baba dan Nyonya yang sepatutnya dibawa atau ditonjolkan mereka ini hilang begitu sahaja dan akhirnya dilupakan," katanya kepada Bernama.
Masyarakat Baba dan Nyonya di negara ini dipercayai telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka menerusi aktiviti perdagangan dan sosio budaya oleh Laksamana Cheng Ho.
Aktiviti berkenaan juga membuka laluan pada kira-kira 200 kapal yang membawa lebih 25,000 lelaki bujang dari negara China untuk berhijrah ke Tanah Melayu dan separuh daripada mereka terus menetap di Tanah Melayu serta berkahwin dengan wanita tempatan.
Kaum minoriti tersebut menggelarkan diri mereka sebagai Baba dan Nyonya atau Peranakan kerana mereka mengamalkan dua budaya warisan iaitu warisan tradisi Cina dan pada masa sama turut mempraktikkan budaya masyarakat Melayu.
Mengulas lanjut, Lee, yang juga pengurus Muzium Warisan Baba dan Nyonya, yang terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini, berkata generasi muda kaum Peranakan pada masa kini juga lebih terpengaruh dengan budaya K-Pop yang dianggap 'trendy' sehingga berjaya menguasai pemikiran mereka.
Katanya, cabaran lain yang dihadapi kaum minoriti berkenaan yang turut terkenal di Pulau Pinang itu adalah tiada pengelasan khas bagi membuktikan mereka merupakan kaum Baba dan Nyonya.
Malah, katanya, identifikasi masyarakat berkenaan juga tidak dapat dilakukan melalui fizikal seperti pemakaian baju kebaya, berkain sarung dan fasih bertutur bahasa Melayu sebaliknya melalui cara hidup, pergaulan, amalan dan budaya yang diamalkan.
"Kami ini sama macam kumpulan etnik yang lain di Melaka atau di negara ini. Bahkan warna darah pun tidak dapat membezakan kami dengan kaum lain. Ia bergantung pada kaum dan individu itu sendiri bagaimana mereka mempraktikkan amalan dan budaya hidup harian sebagai masyarakat Baba dan Nyonya.
"Lebih serius lagi apabila ibu bapa pada masa kini sendiri tidak mempedulikan untuk terus memastikan amalan dan budaya berkenaan dapat diserapkan dalam diri anak mereka," katanya.
Anak pasangan Lee Chwee Huat, 68, dan Chong Swee Sim, 62, itu berkata cabaran lain yang dihadapi kaum berkenaan terutama dalam kalangan generasi muda mereka adalah rasa malu untuk mengaku mereka merupakan sebahagian daripada etnik berkenaan.
Beliau berkata sebahagian daripada generasi muda kaum berkenaan merasakan amalan dan budaya yang diamalkan nenek moyang mereka adalah kolot, leceh dan tidak sesuai dipraktikkan pada era masa kini.
"Mereka tidak nampak keistimewaan sebagai kaum Baba dan Nyonya kerana bagi mereka amalan dan budaya yang ada tidak membawa apa-apa makna pada kehidupan mereka. Mereka lebih gemarkan gaya hidup ringkas dan mudah.
"Sebagai contoh majlis perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya pada masa dahulu diadakan selama 12 hari kerana banyak adat dan proses yang dilalui tetapi kini siapa yang hendak ikut. Masing-masing terikat dengan kerja dan ia dilihat tidak lagi relevan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017
Penang Peranakan Mansion Sdn Bhd di Lebuh Gereja iaitu salah satu muzium yang memperkenalkan pengunjung kepada budaya Peranakan Baba-Nyonya merupakan salah satu daripada destinasi menarik yang mesti dilawati di Pulau Pinang. - Gambar fail/Bernama
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Adat Baba Nyonya semakin lenyap ditelan arus pemodenan
Masyarakat peranakan Baba dan Nyonya yang merupakan kaum minoriti di Melaka pada masa kini menghadapi pelbagai cabaran serta tekanan ekoran arus pemodenan dan proses perubahan yang kian mencabar pada