TIDAK lengkap sekiranya sambutan Gawai diraikan tanpa Tuak. Tuak atau dalam panggilan istimewa masyarakat Iban pada malam Gawai, Ai Pengayu memang sinonim dalam kalangan komuniti Dayak di Sarawak.
Ai Pengayu beri makna penting. Ianyanya bermaksud Tuak untuk panjang umur. Semestinya, masyarakat Dayak punyai harapan besar untuk permulaan baru. Kesihatan dan umur yang panjang adalah antara doa dan harapan buat kaum keluarga.
Ai Pengayu ini akan disediakan sambil menanti detik 12 tengah malam pada 30 haribulan Mei setiap tahun. Sebelum meminumnya, tradisi laungan ‘oooha’ akan dilaungkan dan ini menandakan perayaan Gawai sudah tiba.
Aktiviti pembuatan Tuak telah diamalkan sejak berkurun lamanya. Setiap keluarga masyarakat Dayak pastinya punyai resepi tersendiri. Semestinya ada juga pantang larang dan ritual di dalam pembuatan Tuak ini bagi memastikan hasilnya menjadi mengikut rasa yang sepatutnya.
Tuak mempunyai aroma tersendiri. Rata-rata masyarakat Dayak dapat mengetahui rasa tuak yang kuat dari menghidu aromanya sahaja.
Proses pembuatan Tuak juga tidak mudah. Penghasilan minuman ini melibatkan pemeraman bahan tertentu. Antaranya beras pulut yang ditapai, gula, air dan ragi.
Penghasilannya selalu akan dibuat lebih awal. Sekurang-kurang dua bulan sebelum ianya boleh diminum. Tuak yang dihasilkan lebih lama akan mempunyai rasa yang lebih menarik.
Menarik pada Hari Gawai, Tuak akan dihidang kepada tetamu atau pengabang untuk menyambut ketibaan mereka. Tradisi ini lebih mesra dipanggil Nyambut Temuai. Nantikan perkongsian selanjutnya bersama wartawan Astro Awani, Nickyson Nyambar pulang bergawai pada 1 Jun ini.
Nickyson Nyambar
Fri May 24 2019

Menarik pada Hari Gawai, Tuak akan dihidang kepada tetamu atau pengabang untuk menyambut ketibaan mereka.

Tunjuk perasaan bertukar ganas: Polis tembak peluru getah, gas pemedih mata
Penunjuk perasaan antikerajaan di luar kem tentera bertukar ganas apabila polis menembak peluru getah, gas pemedih mata dan meriam air.

Tiada calon SPM di Kedah disahkan positif COVID-19
JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan sentiasa melakukan pemantauan berhubung pematuhan Prosedur Operasi Standard.

Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti
Strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.

MOTAC harap pendekatan baharu kawal COVID-19
Nancy berkata, industri pelancongan adalah berkait rapat dengan pergerakan orang ramai dari satu lokasi ke lokasi lain.

Peserta perniagaan kecil mahu kerajaan PN perkenal kembali moratorium menyeluruh
Muhyiddin dan kabinetnya menghadapi cabaran hebat untuk mengimbangi di antara kelangsungan hidup dan punca pendapatan rakyat.

Muhyiddin cekal tadbir negara menghadapi COVID-19
Tempoh setahun ini semestinya masa paling mencabar dalam kerjaya politik Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengambil alih pucuk kepimpinan ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.

Pembukaan Sekolah | Kanak-kanak tahun 1 bersedia ke sekolah
Tanggal 1 Mac, kanak-kanak yang melangkah ke tahun satu akhirnya akan merasai suasana di sekolah rendah. Tinjauan Astro AWANI di sekitar bandar Tawau, Sabah mendapati, mereka sedikit sebanyak memahami SOP yang perlu dipatuhi ketika berada di kawasan sekolah.
![[TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19 [TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892942/40992816631614529767970_640x360.jpg)
[TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19
Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan skim kecederaan akibat suntikan vaksin COVID-19 seperti yang sudah dilakukan beberapa negara lain. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, skim berkenaan akan memberi perlindungan kepada mereka yang mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan vaksin.

Darurat | Darurat bukan untuk kekalkan jawatan PM
Perisytiharan darurat sama sekali tiada kaitan dengan politik atau untuk membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Sebaliknya langkah itu bagi membolehkan isu COVID-19 diuruskan secara berkesan dan segera.

COVID-19 | Tiada calon SPM di Kedah positif COVID-19
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan, tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keseluruhan 29 ribu 936 calon di negeri itu didapati positif COVID-19 sepanjang minggu pertama peperiksaan berjalan sejak Isnin lalu. Bagaimanapun, pengarahnya Dr Fikri Ujang berkata, JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan akan terus melakukan pemantauan pematuhan SOP seperti saringan keatas calon-calon.

Ai Pengayu atau Tuak kewajipan pada Hari Gawai
Tuak mempunyai aroma tersendiri. Rata-rata masyarakat Dayak dapat mengetahui rasa tuak yang kuat dari menghidu aromanya sahaja.