Setiap hari seperiuk nasi dimasak khusus untuk 'Aida Jebat', seekor lembu betina peliharaan seorang suri rumah, Ain Zahirah Zokri, di Kampung Lala, di sini.
Ain Zahirah, 24, berkata lembu berusia kira-kira dua tahun yang dibeli daripada seorang penduduk kampungnya Februari lalu itu, gemar makan nasi sejuk setiap kali ia pulang dari meragut rumput.
"Tabiat pelik lembu ini disedari apabila semua nasi yang kami beri untuk ayam, habis dimakannya dan setiap kali saya bawa nasi keluar untuk diberi kepada ayam, ia akan meluru ke arah saya.
"Mulanya kami agak pelik sebab lembu suka makan nasi, namun lama-lama menjadi kebiasaan kami, bagi dia makan nasi hinggalah hubungan kami dengan Aida Jebat makin rapat sebab dia makin manja," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, jika tidak diberi nasi, Aida Jebat akan datang dekatnya sambil merenung wajahnya lama-lama dan tidak akan berlalu selagi tidak diberikan makanan kegemarannya itu.
Ain Zahirah berkata, selain Aida Jebat, seekor lagi lembu peliharaannya digelar Awang Hitam, kini dilihat turut gemar makan nasi.
"Nasi yang saya berikan untuk lembu-lembu ini masih dalam keadaan elok, saya campurkan dengan sedikit garam," katanya.
Beliau berkata tabiat pelik lembunya itu menarik perhatian penduduk kampung yang sering datang untuk melihat haiwan itu makan nasi pada sebelah petang.
Sementara itu, nenek Ain Zahirah iaitu Rahmah Ismail, 74, berkata walaupun beliau berpengalaman memelihara lembu sejak lebih 50 tahun lalu, kehadiran Aida Jebat dianggap sebagai sesuatu yang istimewa dan unik.
"Lembu-lembu ini bukan sahaja makan nasi, kerana pada hari raya yang lalu, haiwan ini juga makan lemang dan ketupat, kalau ikutkan saya nak berikan apa sahaja lembu ini nak makan, tetapi risau juga boleh memudaratkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2019
Tabiat pelik lembunya itu menarik perhatian penduduk kampung yang sering datang untuk melihat haiwan itu makan nasi pada sebelah petang. - Bernama
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
'Aida Jebat' habiskan seperiuk nasi setiap hari
Lembu berusia kira-kira dua tahun yang dibeli daripada seorang penduduk kampung pada Februari lalu itu, gemar makan nasi sejuk setiap kali ia pulang dari meragut rumput.