ADA segelintir ibu bapa akan mengalami situasi anak ada masalah pelat. Mungkin masa awal-awal anak mula bercakap nampak comel tetapi jika tak diperbetulkan dan bawa jumpa pakar, keadaan ini mungkin akan berterusan.
Biasanya pelat ini ramai yang menganggap sebab lidah pendek. Namun adakah ia betul?
Menerusi perkongsian di portal MyHealth, pelat merupakan ‘kesalahan sebutan’ yang terjadi pada peringkat umur tertentu.
Ia melibatkan masalah penghasilan bunyi (artikulasi) dan juga pola bunyi (fonologi). Yang pasti ia berkait dengan organ lidah.
Menurut Pengamal Perubatan Pergigian Kementerian Kesihatan, Dr Mohd Khairul Izwan, selain berfungsi untuk merasa makanan, lidah juga membantu kita untuk bercakap dan bertutur dengan baik.
“Sebutan sesuatu huruf banyak dipengaruhi oleh pergerakan lidah kita.
Sebagai contoh, huruf R dibunyikan apabila hujung lidah digerakkan menyentuh bahagian langit-langit atas. Manakala sebutan huruf S dibunyikan apabila hujung lidah menyentuh bahagian belakang gigi kacip atas.
Bagi sesetengah individu, kebolehan menyebut huruf-huruf ini terbatas menyebabkan mereka menjadi pelat.
Perasan tak ada kawan-kawan atau kita sendiri yang pelat dan tidak dapat menyebut huruf S dan R dengan jelas?
Cuba anda angkat lidah anda dihadapan cermin dan lihat pada bahagian bawah lidah. Perasan tak ada satu “benang” halus yang menyambungkan bahagian bawah lidah kita dengan lantai mulut?
“Benang” ini disebut sebagai lingual frenum/frenulum. Ianya berfungsi untuk menyokong kedudukan serta pergerakan lidah kita,” terangnya dalam status yang dimuatnaiknya di Facebook.
Menurutnya, bagi individu yang pelat, lingual frenum/frenulum ini lebih panjang bentuknya sehingga terbentuk lebih ke hadapan daripada posisi yang sepatutnya.
Dalam keadaan begini, lidah akan terlihat seolah-olah pendek dan menyebabkan pergerakannya menjadi terbatas.
Sebab itulah pada individu begini, sebutan mereka menjadi terganggu sehingga kita menggelarkan mereka sebagai pelat. Keadaan ini disebut sebagai 'tongue tie' atau “ankyloglossia”, jelas Dr Khairul.
Tambah beliau, tiada rawatan diperlukan jika keadaan ini tidak begitu mengganggu. Namun demikian, bagi sesetengah bayi yang lahir dengan 'tongue tie' ini, mereka mempunyai kesukaran untuk menyusu.
Jika ini berlaku, maka pembedahan untuk memotong sedikit lingual frenum/frenulum ini diperlukan bagi memperbaiki posisi serta mengembalikan fungsi lidah mereka.
Semoga bermanfaat!
Kredit: MyHealth (Dr Mohd Khairul Izwan) & Sinar Harian
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents
Artikel asal disiarkan di Pa&Ma. Anak Pelat, Susah Sebut Huruf ‘R’ & ‘S’ Bukan Sebab Lidah Pendek. Ini Puncanya!
Pa and Ma
Thu Jul 29 2021
Pelat merupakan kesalahan sebutan yang terjadi pada peringkat umur tertentu. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Akan, inum, idur, ayang': Pelat, normalkah?
Perkataan-perkataan ini lazimnya disebut dalam kalangan bayi berusia setahun hingga kanak-kanak seawal tujuh tahun.