KEPUTUSAN pengasas Facebook, Mark Zuckerberg untuk bercuti selama dua bulan setelah kelahiran anak perempuannya nyata memberi pelbagai manfaat.

Lebih banyak masa diluangkan Zuckerberg bersama keluarganya selain sering berkongsi detik-detik indah itu di laman media sosial yang diasas oleh beliau sendiri.

Susulan itu, anak perempuannya Maxima Chan sering menjadi tarikan netizen di media sosial dan 'ditatang' bagaikan seorang selebriti.

Melihat kepada perhatian yang diberikan kepada Maxima, si comel ini bolehlah dianggap sebagai seorang Bintang Facebook.

Berikut tiga sebab kenapa Maxima layak menerima nama jolokan itu:

1. Anak Pengasas Facebook

Hakikat bahawa Maxima Chan ialah anak kepada Zuckerberg, antara jutawan paling muda di dunia, sudah memadai untuk beliau berada di kaca mata dunia.

My next book for A Year of Books is Quantum Physics for Babies!Just kidding. It's actually World Order by Henry...

Posted by Mark Zuckerberg on


2. Peminat yang ramai

Setiap kali Zuckerberg memuat naik gambar Maxima Chan, berjuta-juta komen serta ‘likes’ ditinggalkan netizen. Malah, ada yang tidak sabar untuk melihat lebih banyak gambar si comel ini.

The force is strong with this one.

Posted by Mark Zuckerberg on
fb
Kredit Gambar: Facebook Mark Zuckerberg


3. Menjadi antara tajuk berita

Seperti bintang-bintang selebriti lain, kebanyakan portal media juga tertarik dengan perkembangan Maxima bersama ayahnya Zuckerberg.


Mark zuckerberg
Kredit Photo: Metro, People, NDTV, India Times