SEBUAH video memaparkan seorang bapa yang sedang bergurau dengan anaknya yang dimuat naik ke laman YouTube, menjadi bahan 'pertelingkahan' netizen.

Dalam video bertajuk Toddler Sniper itu, si anak pada mulanya dilihat terlebih dahulu mahu bergurau dengan bapanya, dengan membawa bantal keluar dari bilik.

Si comel itu kemudiannya memukul bapanya dengan bantal itu beberapa kali sebelum meninggalkan bantal tersebut dan mula berpatah balik masuk ke dalam bilik.

Si bapa mengambil bantal itu dan kemudian membalingnya ke arah anaknya, dan ia tepat mengena sasaran.

Balingan yang agak kuat itu menyebabkan kanak-kanak itu tertolak ke hadapan dan tersungkur.

Biarpun si bapa dengan pantas membantu anaknya untuk bangun, namun ada di kalangan netizen yang merasakan gurauan itu kasar dan boleh mencederakan kanak-kanak tersebut.

Antara komen yang mengkritik cara si bapa bergurau.

Namun ada sebilangan yang menganggap gurauan seperti itu adalah biasa bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, dan si bapa mungkin tidak sengaja terbaling bantal itu dengan kuat.

Masih ada yang faham bahawa gurauan sebegitu adalah perkara biasa.

Baru tiga hari dimuat naik, video itu sudah mencecah kira-kira 1.5 juta tontonan.