TAHUKAH anda bahawa kanak-kanak boleh mengalami tujuh hingga sepuluh kali selsema dan tiga hingga enam kali demam setiap tahun?

Apabila tubuh mereka tidak sihat, tenaga dan sumber dalam tubuh mereka ditumpukan untuk memerangi jangkitan, menyebabkan mereka letih dan menjadikannya sukar untuk mereka fokus dalam pembelajaran dan aktiviti harian.

Pengulangan episod selsema dan demam ini bukan saja mengganggu rutin harian, tapi juga boleh mengakibatkan mereka hilang fokus ketika belajar ataupun terlepas peluang untuk pembelajaran penting apabila terpaksa berehat di rumah dan tidak dapat hadir ke sekolah.

Menurut pakar pediatrik Dr. Azam Mohd Nor, otak kanak-kanak berkembang paling pesat antara satu hingga lima tahun terawal kehidupan mereka, masa keemasan untuk membina asas keupayaan mental dan fizikal untuk kejayaan masa depan.

Bila kanak-kanak membesar dengan sihat dan kuat, mereka mempunyai lebih banyak waktu dan peluang untuk meneroka dan belajar yang turut menyokong perkembangan kognitif yang lebih baik.

Justeru, pentingnya pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membantu menyokong sistem imun kanak-kanak yang teguh dan juga menggalakkan perkembangan otak yang cerdas.

“Ibu bapa boleh memberi makanan berfungsi seperti probiotik dan prebiotik, contohnya Bifidobacterium lactis HN019 iaitu probiotik yang menggalakkan mikrobiota usus yang seimbang dan meningkatkan fungsi usus.

“Prebiotik pula adalah makanan bagi bakteria baik dalam usus, justeru gabungan makanan yang mengandungi probiotik dan prebiotik penting bagi menguatkan sistem imun kanak-kanak sekali gus membantu mengurangkan risiko jangkitan," katanya.

Kata Dr. Azam, pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak kanak-kanak pula memerlukan DHA, sejenis asid lemak omega-3 yang merupakan blok binaan asasnya, serta Gangliosida yang membantu pembentukan hubungan sel-sel otak di mana rangkaian hubungan sel-sel otak adalah asas untuk pembelajaran dan pembentukan ingatan.

“Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) menyarankan pengambilan harian 100 ke 150mg EPA dan DHA untuk kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun, 150-200mg untuk usia empat hingga enam tahun, dan 200 ke 250mg untuk enam hingga sepuluh tahun.

“Dengan membekalkan nutrien-nutrien yang sesuai, ibu bapa turut menyokong keperluan nutrisi untuk tumbesaran, perkembangan kognitif dan sistem imun anak mereka,” jelasnya.

1

Anmum Essential Gold baharu dirumus secara saintifik dan ia merupakan satu-satunya jenama di dunia dengan gabungan Probio DR10™~, tahap DHA tertinggi# dan Gangliosida.

Kajian telah menunjukkan fungsi utama DHA dan Gangliosida dalam menyokong perkembangan IQ dan ingatan pada kanak-kanak.

2

“Dengan mengambil tiga gelas Anmum Essential Gold Langkah 3 sehari, ia membekalkan 150mg DHA - bukan sahaja memenuhi saranan pengambilan harian DHA+EPA untuk kanak-kanak berumur dua hingga empat tahun tetapi juga memenuhi saranan bagi kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun yang disyorkan FAO.

“Selain itu, terdapat kajian yang menunjukkan gabungan unik Probio DR10™~ dan Prebiotik dapat mengurangkan jangkitan saluran pernafasan sebanyak 35 peratus dan meminimumkan tempoh gejala demam pada kanak-kanak,” kata Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Saintifik dan Hal Ehwal Pematuhan Fonterra Brands Malaysia, Megawati Suzari.

Apabila kanak-kanak membesar dengan kuat dan mempunyai sistem imun yang teguh, mereka boleh lebih fokus dalam sesi pembelajaran, meneroka dan belajar dengan lebih baik.

Jadi, sokonglah tumbesaran anak anda hari ini, bekalkan stimulasi yang sesuai dan nutrisi yang baik agar mereka boleh menjadi lebih kuat dan minda cerdas.

“Sejak tahun 1954, kami sentiasa komited untuk memastikan kecemerlangan ternakan tenusu kami dengan menggunakan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti produk kami.

Kami berbangga untuk menghasilkan pelbagai pilihan produk pemakanan berkualiti tinggi untuk para ibu dan kanak-kanak di luar sana,” katanya.

Layari https://www.anmum.com/my/ms/products/anmum-essential-gold dan dapatkan sampel percuma formulasi terbaharu Anmum Essential Gold yang dipertingkatkan hari ini.

Berikanlah anak anda asas terbaik untuk masa depan yang lebih KUAT dan MINDA CERDAS.

3




*Artikel ini adalah kandungan berbayar