Dapat pergi bercuti memang seronok, tambah pula dapat melancong ke luar negara atau ke tempat yang pemandangannya cukup cantik dan menakjubkan.
Tapi persoalannya, selamat ke kalau ibu yang sedang hamil nak menaiki pesawat lama-lama tu?
Kalau ikutkan, wanita hamil boleh sahaja nak melancong menggunakan pesawat tapi ada beberapa kriteria yang perlu ibu ambil tahu tiap kali nak terbang.
Itu semua penting untuk keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan selain mengelakkan tiada perkara buruk berlaku sepanjang penerbangan yang mungkin mengambil masa yang panjang.
Ibu mengandung boleh naik kapal terbang ?
Permasalahan utama yang ditakuti syarikat penerbangan adalah penumpang yang mengandung menaiki pesawat dan risiko bersalin dalam perjalanan atau apa-apa keadaan yang melibatkan mengandung itu sendiri.
Satu hal plak juruterbang terpaksa melencongkan pesawat ke tempat yang boleh mengurus wanita mahu bersalin ini atau apa-apa keadaan yang berkaitan.
Kebanyakan syarikat penerbangan tidak membenarkan wanita mengandung untuk menaiki kapal terbang bila kehamilan sudah mencecah 36 minggu.
Disebabkan perkara yang saya cakap tadi. Jika ada risiko untuk kelahiran pramatang atau tak cukup bulan, seperti kehamilan kembar, wanita tak sepatutnya menaiki kapal terbang selepas 32 minggu.
Syarikat penerbangan memerlukan surat pengesahan dari doktor yang menyatakan tiada sebarang masalah berkaitan kehamilan dan wanita itu selamat untuk menaiki kapal terbang apabila kehamilan itu sudah berusia 28 minggu dan juga tarikh kepastian umur kehamilan itu perlu disahkan oleh doktor dan ditulis terang-terang dalam surat tu.
Bila tak boleh naik pesawat?
Keadaan-keadaan kehamilan yang tidak sesuai untuk menaiki kapal terbang :
✈️ anemia teruk atau kurang darah dengan Hb kurang 7.5g/dL
✈️ ada pendarahan semasa kehamilan dalam masa terdekat
✈️masalah telinga ( otitis media ) dan sinusitis
✈️ masalah jantung dan pernafasan yang serius
✈️ pesakit yang ada buat penbedahan pada usus dalam masa terdekat, termasuk pembedahan laparoskopi, di mana jahitan pada usus boleh mengalami regangan atau tegangan kuat disebabkan perubahan tekanan dan pengembangan gas di udara
✈️tulang patah, di mana kaki pada tulang patah itu boleh kembang disebabkan bengkak, lebih-lebih lagi kalau ada POP pada kaki itu
Satu lagi ramai bertanya saya, mengenai peluang untuk dapat darah beku masa naiki pesawat.
Berkenaan dengan ini, kita tahu bahawa mengandung itu sendiri meninggikan risiko untuk dapat darah beku. Ketika menaiki pesawat pula, duduk lama, otot pada kaki menjadi kejang.
Secara keseluruhan boleh disimpulkan risiko untuk dapat darah beku pada kaki masa menaiki pesawat itu ada, tapi rendah, bergantung kepada faktor kesihatan individu itu sendiri.
Untuk meminimakan risiko dapat darah beku ini, tips-tips yang boleh diamalkan :
✈️ pilih tempat duduk berdekatan dengan lorong, senang nak kluar masuk
✈️ sentiasa berjalan-jalan dalam kabin, jangan duduk memanjang
✈️buat senaman ringkas, setiap 30 minit lebih-lebih lagi untuk penerbangan yang panjang
✈️sentiasa pastikan untuk minum air yang cukup, kurangkan minum minuman berkaffein untuk mengelakan asyik ke tandas
✈️kalau ibu mengandung ada sejarah pernah kena darah beku, obesiti atau masalah lain, tanya doktor untuk pemberian ubat suntikan mencairkan darah
Selain itu, jangan lupa pakai TED stoking (bukan stokin biasa) jika penerbangan mengambil masa lebih 4 jam. Kalau kurang 4 jam tak pakai TED stoking pun tidak mengapa.
Lain syarikat penerbangan, lain polisinya untuk benarkan wanita mengandung menaiki pesawat. Dapatkan lebih maklumat daripada mereka terlebih dahalu.
Sumber: Dr Muhammad Izzat
* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.
Pa and Ma
Thu Mar 03 2022
Wanita hamil boleh sahaja nak melancong menggunakan pesawat tapi ada beberapa kriteria yang perlu ibu ambil tahu tiap kali nak terbang. - Gambar hiasan
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Banjir: Ibu hamil 37 minggu reda berlindung di PPS
Seorang ibu hamil dengan usia kandungan mencecah 37 minggu reda apabila terpaksa menjadi penghuni pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi.
Wanita mengandung tujuh bulan didakwa cuba rompak kedai emas
Norraniza Muhamad Puslam, yang menangis semasa pertuduhan dibacakan kepadanya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Kes wanita hamil mati dengan kesan tembakan, polis masih buru 'Aimay'
Polis meminta orang ramai tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang wanita mengandung yang ditemukan dengan kesan tembakan di bahagian perut.
Wanita mengandung ditemui maut dengan kesan tembakan pada perut
Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata mayat mangsa yang berusia 26 tahun dan dipercayai mengandung tujuh bulan, ditemui orang awam kira-kira jam 4 petang.
Apa persediaan wanita mengandung sebelum naiki pesawat? Ini penjelasan doktor
Wanita hamil boleh sahaja nak melancong menggunakan pesawat tapi ada beberapa kriteria yang perlu ibu ambil tahu.
Vaksin COVID-19: 96% wanita mengandung di UK tidak mendapatkan suntikan
Pihak berkuasa kesihatan UK lancar kempen meyakinkan golongan ibu mengandung untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
COVID-19: Tiada halangan wanita hamil ambil vaksin
Ini kerana wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 akan mengalami gejala yang lebih teruk sekiranya tiada perlindungan antibodi.
"Memalukan dan mengecewakan" - Wanita dipaksa jalani ujian kehamilan sebelum naik pesawat
Midori Nishida, 25, turut diiringi ke tandas awam di lapangan terbang sebelum mendapat kebenaran menaiki penerbangan.
Wanita mengandung tujuh bulan cemas, rumah dirempuh kapal tongkang
Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan berdepan detik cemas apabila sebuah kapal tongkang hanyut merempuh rumahnya yang terletak di tepi Sungai Igan di Kampung Hilir di sini pagi Jumaat.
Tiga maut direnjat elektrik, cuba bantu wanita hamil dihempap tangga runtuh
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Selangor kejadian pada tengah hari Ahad itu turut melibatkan seorang lelaki warga Indonesia.