awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh kenang Khaleda Zia sebagai pejuang bersemangat waja, pelindung negara
Arsenal benam Aston Villa 4-1, kukuhkan kedudukan pendahulu liga
Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro Kasih Knowledge Zone fasa dua dilancar di Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
10/10/2015
15:00 MYT
Astro Kasih Knowledge Zone fasa dua dilancar di Sarawak
Usaha Astro menerusi program AKKZ ini perlu dicontohi oleh badan-badan korporat lain sebagai memenuhi tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.
Astro meluaskan program Astro Kasih Knowledge Zone (AKKZ) ke Sarawak bertujuan membantu kerajaan membangunkan negara, rakyat dan komuniti.
Inisiatif fasa dua AKKZ ini membabitkan pelaksanaan sebuah Eco Village Pendidikan bertujuan memupuk pembelajaran sepanjang hayat menerusi pendekatan praktikal secara terus dengan pertanian.
Pelancaran fasa kedua AKKZ dilakukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Kompleks Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) di Kuching pada Sabtu.
Menerusi program itu, sukarelawan Astro Kasih melengkapkan perpustakaan dan Eco Village Pendidikan di PERYATIM.
Menurut Rohani, usaha Astro menerusi program AKKZ ini perlu dicontohi oleh badan-badan korporat lain sebagai memenuhi tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.
"Saya selalu ceritakan bahawa tangan kami dua kerat. Tangan kementerian dua. Jadi kami mengalu-alukan daripada mana-mana pihak untuk mengadakan kerjasama strategik dalam mengadakan program kemasyarakatan seperti yang Astro lakukan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Komuniti Astro, Datuk David Yap, berkata, program fasa kedua AKKZ merupakan elemen terpenting yang mendasari setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan
"Kita ada aktiviti di seluruh negara. Kalau setakat Sarawak pun, kita ada hostel di Sungai Paku. Minggu depan pun kami akan menganjurkan konsert di sebuah sekolah Cina.
"Ia pelbagai, bukan hanya untuk satu kaum, ia merangkumi semua masyarakat dan di seluruh negara," katanya.
Topic Berkaitan
#AKKZ
#Astro
#Astro Kasih
#Astro Kasih Knowledge Zone
#Rohani Abdul Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan