awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro sasar rekod dunia pembersihan dasar laut

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2013
05:29 MYT
Astro sasar rekod dunia pembersihan dasar laut
Tahun ini, Astro mensasarkan untuk mencipta rekod dunia baru pembersihan dasar laut secara berterusan dan ingin menjemput para penyelam dasar laut untuk menyertai program ini secara sukarela, bersama kakitangan Astro di Taman Marin Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu, Sabah dari 6 hingga 13 April 2013.
Pada tahun 2011, program CSR Astro Kasih, Beautiful Malaysia, berjaya memecahkan rekod Malaysia Book of Records™ dengan memindahkan 777 batu karang di Ribbon Reef, Taman Marin Tun Sakaran di negeri Sabah. Berikutan kejayaan tahun lalu, Astro Kasih ingin terus mewujudkan kesedaran mengenai pemuliharaan kehidupan dan persekitaran marin dengan mencatatkan rekod baru Guinness World Records™ pada tahun ini melalui aktiviti pembersihan dasar laut terpanjang secara berterusan selama 168 jam.
Selama 7-hari, bermula dari 6 hingga 13 April 2013, aktiviti pembersihan akan dijalankan di 14 tapak menyelam di sekitar Taman Marin Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu, Sabah. Astro Kasih menjemput penyelam dasar laut bertauliah untuk mengambil bahagian dalam projek ini secara sukarela. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara mendaftar dan menyertai program ini, sila layari laman web www.astrokasih.org/beautifulmalaysia. Sukarelawan yang terpilih akan menerima penginapan penuh.
Setiap tahun, serpihan-serpihan marin, termasuk sisa-sisa toksik, sampah-sarap atau bahan-bahan lain yang berbahaya hanyut ke pantai dan kawasan lautan terpencil di serata dunia. Serpihan-serpihan marin ini turut merosakkan batu di dasar laut serta membunuh ribuan burung serta pelbagai kehidupan marin lain.
Oleh itu, pemuliharaan alam sekitar merupakan usaha dan tanggungjawab bersama setiap individu, dan bukan hanya perlu dipikul oleh organisasi tertentu atau kumpulan pemuliharaan sahaja. Sertailah misi kami pada tahun ini untuk mewujudkan lebih kesedaran mengenai pemuliharaan kehidupan dan persekitaran marin, dengan sasaran untuk mencatat rekod baru Guinness World Records™ bagi pembersihan dasar laut terpanjang secara berterusan selama 168 jam bersama Astro Kasih.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Kasih
#Guinness World Records
#selam skuba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan