Astro hari ini menyumbang lebih 2,000 set dekoder kepada penerima program e-Kasih di negeri Sarawak yang membolehkan mereka menerima perkhidmatan TV satelit percuma dengan akses kepada 48 saluran tv dan radio.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, selaras dengan objektif dan misi kerajaan dalam membangunkan banyak lagi produk 1Malaysia dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia, program Astro NJOI e-Kasih merupakan sebuah program yang berjaya melaksanakan matlamat tersebut.
Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, badan-badan korporat di Malaysia seharusnya mencontohi usaha yang dilakukan pihak Astro dalam membantu lebih ramai golongan rakyat yang memerlukan akses maklumat khususnya dari segi pendidikan.
"Pihak-pihak syarikat yang lain patut mencontohi Astro. Dengan adanya program ini ia akan dapat memberi peluang khususnya mereka yang di bawah penerima bantuan e-Kasih untuk mendapat sesuatu yang percuma.
"Bukan sahaja dekoder dan yuran percuma, tetapi mendapat 40 lebih program yang merangkumi semua aspek sama ada yang berbentuk berita, yang berbentuk hiburan, yang berbentuk sukan, tetapi yang lebih penting ialah yang bentuk pembelajaran," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Dekoder NJOI e-Kasih di Samariang, di sini hari ini.
Ujarnya lagi dalam usaha menuju ke arah negara maju, sumbangan daripada pihak swasta amat penting selain membantu pihak kerajaan dalam usaha membangunkan negara.
Sementara itu, Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi berkata, program seumpama ini akan diteruskan lagi oleh pihak Astro bagi memberi pendekatan yang lebih lagi kepada masyarakat yang memerlukan perkhidmatan Astro.
"Insya Allah, tujuan Astro adalah hendak mendekati masyarakat dengan secara mengadakan perhimpunan dan perjumpaandengan rakyat dan masyarakat. Seperti hari ini, Astro boleh mendekatkan lagi dengan orang ramai," katanya.
Tun Zaki juga berharap agar kesemua penerima NJOI e-Kasih hari ini mendapat maklumat yang tepat dan benar serta dapat menambah baik mutu pelajaran bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Astro Awani
Sat Mar 11 2017
Sebahagian daripada penerima di Majlis Penyerahan Dekoder NJOI e-Kasih di Samariang, di Kuching hari ini. - Foto Astro AWANI
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.