awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet Olimpik enggan terlibat dalam pertandingan siapa cantik #NOCOMPETITION

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2020
04:29 MYT
Atlet Olimpik enggan terlibat dalam pertandingan siapa cantik #NOCOMPETITION
SK-II tampil dengan kempen #NOCOMPETITION menerusi gabungan atlet wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan membawa mesej kecantikan bukanlah satu persaingan.
astroarticleJULAI ini bakal menyaksikan pertembungan atlet-atlet dunia merebut pingat emas menerusi 324 acara sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo 2020 di Jepun. Temasya yang memasuki edisi penganjuran kali ke-32 itu juga akan dinikmati sepenuhnya oleh atlet-atlet bertanding, namun pada masa yang sama turut memperlihatkan tekanan pertandingan terhadap atlet serta kejayaan individu yang lazimnya memberi impak besar kepada peserta. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan. Bagaimanapun, tidak semua pertandingan perlu melibatkan kalah atau menang. Kempen #NOCOMPETITION oleh SK-II percaya bahawa kecantikan bukanlah satu pertandingan. SK-II menerusi Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo 2020 bergabung tenaga dengan atlet-atlet wanita ternama seperti Simone Biles (gimnastik), Kasumi Ishikawa (pemain tennis), Mahina Maeda (peluncur ombak), Liu Xiang (olahraga) , atlet badminton beregu, Ayaka Takahashi serta Misaki Matsumoto termasuk pasukan bola tampar, Hinotori Nippon. Kempen #NOCOMPETITION ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada wanita untuk mencabar status quo dan mengukir definisi kecantikan sendiri.

KECANTIKAN BUKAN SATU PERSAINGAN #NOCOMPETITION SK-II mengambil pendekatan dengan #NOCOMPETITION bahawa kecantikan itu akan lahir tanpa tekanan, paksaan atau pertandingan siapa lebih cantik daripada siapa. #NOCOMPETITION menjadi pegangan asas semua atlet ternama itu bahawa kecantikan bukan sesuatu yang perlu dipertandingkan kerana ia hanya akan membawa kepada kerosakan dan kehancuran. Jika dilihat dengan mata kasar, semua wanita berlumba-lumba untuk menjadi cantik dengan cara tersendiri sekali gus amalan itu menjadi toksik dan tekanan tanpa disedari meskipun tiada siapa tahu gerangan pemenangnya. Berlumba untuk kelihatan cantik ibarat kita mengarah dan memaksa diri sendiri bagaimana kita seharusnya kelihatan cantik, apa yang harus kita rasa dan bagaimana untuk kita tentukan tingkah laku kita. Percaya pada diri sendiri dan jangan biarkan keraguan menjadi penghalang dalam menentukan siapa kita yang sebenar. Jika ada yang menganggap kecantikan itu wajar dipertandingkan, SK-II bersama-sama Simone Biles, Kasumi Ishikawa, Mahina Maeda, Liu Xiang, atlet badminton beregu, Ayaka Takahashi serta Misaki Matsumoto termasuk atlet pasukan bola tampar, Hinotori Nippon melontarkan cabaran buat wanita di luar sana bahawa kecantikan itu adalah milik semua. Simone Biles, atlet gimnas terkemuka dunia, berkongsi kisah bagaimana beliau menjadi mangsa buli di internet. Namun, beliau bangkit dan berdiri teguh disebalik kecaman yang diterima dan tidak terperangkap dalam tanggapan kecantikan yang begitu sempit.
View this post on Instagram
Beauty. When did it become a competition? #NOCOMPETITION @SKII #skiipartner
A post shared by Simone Biles (@simonebiles) on
Feb 12, 2020 at 5:15am PST
Sukan Olimpik 2020 merupakan tahun ketiga bagi Kasumi Ishikawa bertanding dalam kejohanan besar tersebut. Beliau berhadapan dengan tekanan yang tinggi sewaktu beraksi. Beliau berjaya bangkit dari kekurangan keyakinan diri dan tekanan masyarakat sekeliling, dan memotivasikan diri untuk lebih fokus dan tidak mengendahkan kata-kata yang boleh menjatuhkan semangat dan yakin akan berusaha untuk menjadi yang terbaik.
View this post on Instagram
#NOCOMPETITION 美は #競争ではない をテーマにした @skii のキャンペーンに参加します。 #inpartnershipwithsk2 @simonebiles @jva_volleyball @ayataka419 @mahinamaeda @liuxiang_xx
A post shared by Kasumi Ishikawa (@kasumi.ishikawa_official) on
Feb 12, 2020 at 6:31am PST
Pasukan Bola Tampar Kebangsaan Jepun sering diragui kerana tubuh yang lebih kecil, terutamanya dalam sukan yang dikuasai oleh pemain yang berfizikal lebih tinggi. Tahun ini, pasukan ini menolak persaingan dan idealisme yang tidak pernah dipinta untuk mempercayai kekuatan, ketekunan dan kebolehan mereka sendiri. Individu, dan sebagai satu pasukan, mereka tidak akan membiarkan kritikan beracun menjadi penghalang kepada kemampuan sendiri.
View this post on Instagram
【#火の鳥NIPPON ×SK-II】 バレーボール女子日本代表・火の鳥NIPPON は「#NOCOMPETITION 美は #競争ではない」をテーマにした @SKII のキャンペーンに参加します。 周りから求められる「戦い」には惑わされず、 自身の限界を越えるべく、 オリンピックに向けて日々練習に取り組んで参ります。 #inpartnershipwithsk2 @simonebiles (体操) @ayataka419 (バドミントン) @mahinamaeda (サーフィン) @liuxiang_xx (水泳) @kasumi.ishikawa_official (卓球) #バレーボール #バレー #バレー部 #japanvolleyball #volleyball #わが道を行く
A post shared by Japan Volleyball Association (@jva_volleyball) on
Feb 12, 2020 at 3:05pm PST
Peluncur ombak kebangsaan Jepun, Mahina Maeda mahu menentukan peraturannya sendiri dalam kecantikan, di mana dia menggambarkan dipaksa terlibat dalam persaingan toksik dalam kecantikan yang dia sendiri tidak mahu sertai. Dia menolak daripada dihakimi masyarakat tentang cara dia bertindak, melihat dan membawa diri, dan berdiri teguh pada #NOCOMPETITION dalam kecantikan.
View this post on Instagram
I’ll be a part of @skii’s new campaign, Beauty is #NOCOMPETITION. #inpartnershipwithsk2 @simonebiles @jva_volleyball @ayataka419 @liuxiang_xx @kasumi.ishikawa_official
A post shared by Mahina Maeda || 前田 マヒナ (@mahinamaeda) on
Feb 12, 2020 at 2:59pm PST
Ayaka Takahashi dan Misaki Matsutomo yang membentuk duo badminton dari Jepun menyoroti kepentingan usaha kolektif untuk melakukan yang terbaik. Keindahan dan kekuatan perpaduan mereka yang tiada tandingan adalah pendorong untuk melakukan yang terbaik berdasarkan kebolehan masing-masing. Bersama-sama, mereka dapat mengatasi sebarang persaingan.
View this post on Instagram
#NOCOMPETITION 美は #競争ではない をテーマにした @skii のキャンペーンに参加します。 #inpartnershipwithsk2 @simonebiles @jva_volleyball @mahinamaeda @liuxiang_xx @kasumi.ishikawa_official
A post shared by AYAKA TAKAHASHI (@ayataka419) on
Feb 12, 2020 at 1:53pm PST
Atlet–atlet ini berganding bahu dan menyahut cabaran menentang persaingan kecantikan yang tidak sihat melalui kempen #NOCOMPETITION. Kempen ini mengubah persepsi tentang kecantikan, menerusi rupa paras, apa yang dirasa dan yang dilakuka. Ini mencabar idealisme yang tidak realistik. Jangan biarkan masyarakat menentukan apa yang kita harus lakukan untuk berasa cantik. Adakah anda teruja untuk menyertai pengalaman para atlet bersama SK-II untuk mengubah persepsi dan pandangan masyarakat dalam menyatakan kecantikan? Layari lawan sesawang #NOCOMPETITION untuk mengetahui lanjut dan menjadi sebahagian daripada gerakan kempen ini. Tiada lagi pertandingan tidak sihat kerana kecantikan itu #NOCOMPETITION. Artikel ini dibawakan oleh SK-II.
Topic Berkaitan
#Atlet Olimpik
#Ayaka Takahashi
#Hinotori Nippon
#Jepun
#Kasumi Ishikawa
#Liu Xiang
#Mahina Maeda
#Misaki Matsumoto
#NOCOMPETITION
#Olimpik
#Simone Biles
#SK-II
#skiipartner
#Sukan Olimpik Tokyo 2020
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan