SELEPAS kami keluar dari kecantikan landskap Tasik Song Kul berteman ribuan kuda, kami menuruni kawasan pergunungan untuk ke pekan terdekat di Naryn. Pekan kecil ini agak terkenal dengan menjadi persinggahan separuh jalan di antara Kota Bishkek dan ke Lembah Kok Kiya.
Di Kyrgyzstan, perjalanan mungkin sekadar 400km tetapi mengambil tempoh dua hari perjalanan disebabkan keadaan jalan yang tidak berturap.
Kami bermalam di Pekan Naryn bagi mengumpul tenaga bagi perjalanan ke Lembah Kok Kiya. Umum kurang mengenali lembah ini. Mungkin ramai yang mencuba untuk memasuki wilayah Kok Kiya namun akhirnya mendapat arahan berpatah balik sahaja.
Arahan itu disebabkan ketiadaan permit tentera memasuki wilayah ini. Benar, wilayah Kok Kiya ialah wilayah kawalan disebabkan kedudukannya yang terletak di sempadan Republik Rakyat China.
Kami sempat merakam sedikit tempat ini namun cepat benar diperhati oleh tentera yang mengawal lalu mengarahkan kami memadam rakaman itu. Sekalipun memasuki wilayah Kok Kiya di dalam negara Kyrgyzstan, namun kami perlu menyerahkan pasport berserta permit masuk yang perlu kami mohon 10 hari sebelum kemasukan ke lembah ini.
Setelah selesai, kami meneruskan baki dua jam perjalanan di kawasan lembah yang dipagari gunung ganang berlitup salju sekalipun pada musim panas.
Landskap yang memukau dan sapaan dari ribuan marmot membawa kami ke sebuah wilayah tercantik di Lembah Kok-Kiya yang terletak di pinggir sungai glasier.
Tidak ada pilihan hotel berbintang-bintang di sini selain rumah tamu ataupun yurt nomad yang telah dimodenkan dengan pemanas dan juga tandas yang bersih. Malam tidak larut sekalipun sudah jam 10 malam.
Kami menghabiskan masa dengan mencicip kopi panas dalam kedinginan lembah Kok Kiya sementara menunggu kegelapan bagi kami menyaksikan gugusan bintang di langit. Apresiasi alam kami maksimumkan disebabkan tempat ini di luar liputan internet juga telefon.
Pagi terbit awal. Jam 5 pagi sudah terang dan kami teruskan misi seterusnya adalah dengan berkuda ke sebuah tasik jernih berwarna zamrud di antara jajaran gunung-gunung di selatan lembah Kok Kiya. Tasik ini terhasil dari cairan salju dari beberapa gunung.
Kami bermula dengan memilih kuda yang serasi. Agak lucu bila berkenalan dengan kuda-kuda dengan cara mengusap jambulnya dan mula mengadakan satu hubungan serasi antara haiwan dan manusia. Uniknya, kali ini kami semua berkuda dengan busana Melayu lengkap bersamping dan songkok.
Perjalanan berkuda kami mengambil masa yang santai sekitar dua jam. Bahasa kuda yang diajarkan hanya ada dua - 'Choo!' untuk mengarahkan kuda berjalan, dan 'Brrrr!' untuk kuda berhenti.
Pengalaman paling menarik apabila merentasi sungai jernih di kawasan hulu sungai glasier dengan perjalanan ditemani lanskap yang indah dan langsung tak membosankan. Selepas dua jam perjalanan, kami sampai ke tasik berwarna zamrud bernama Kel Suu yang sangat indah. Kami tak lepaskan peluang untuk bergambar dan menaiki bot di sini.
Akhir perjalanan, kami sempat menjamah sarapan lewat kami dengan menu shakshuka sebelum kami membuat perjalanan turun ke kawasan penginapan. Pada kami, bukan Kel Suu itu yang indah semata-mata, namun pengalaman perjalanan berkuda dengan keindahan landskap semulajadi di seluruh sudut sangat membuatkan hati rasa berbunga segar sehingga ke hari ini.
Malangnya, tempat ini ialah permata tersembunyi yang jarang dikunjungi. Kami bersyukur menjadi sedikit dari warga dunia yang pernah menjejak kaki ke lembah ajaib ini.
* Artikel oleh Saiful Nang, RareTV
RareTV
Sat Aug 05 2023
Landskap yang memukau membawa kru RareTV ke sebuah wilayah tercantik di Lembah Kok-Kiya yang terletak di pinggir sungai glasier. - RareTV
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Kanybekov sah milik Perak FC
Perak FC memperkenalkan tonggak import baharu berusia 21 tahun itu kepada penyokong pada Karnival Pelancaran Jersi 'Home' malam tadi.
'Sudah menang syukur sahajalah' - TMJ
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas segelintir penyokong yang mempersoal prestasi beberapa pemain Harimau Malaya ketika menentang Kyrgyzstan, Khamis lalu.
Kalahkan Kyrgyzstan belum cukup - Faisal
Pasukan kebangsaan kini perlu lebih fokus untuk bawa pulang tiga mata apabila bertandang ke Taipei untuk berdepan Taiwan pada Selasa depan.
'Saya sangat marah dan kecewa'
Menurutnya, kesilapan di bahagian pertahanan sememangnya tidak boleh diterima yang menyaksikan Harimau Malaya bangkit menewaskan Kyrgyzstan.
Pan Gon bangga aksi Harimau Malaya, penyokong
Katanya, pemain menunjukkan mentaliti tinggi dan tidak berputus asa untuk bangkit menumbangkan lawan di kedudukan ranking yang lebih baik.
Pan Gon rayu penyokong Harimau Malaya penuhi Stadium Nasional Bukit Jalil esok
Kim Pan Gon, berharap akan 'kebanjiran' penyokong setia Harimau Malaya semasa perlawanan menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Kelayakan Piala Dunia: Kyrgyzstan akui faktor penyokong Harimau Malaya boleh jadi penentu
Kyrgyzstan mengakui faktor penyokong mampu mempengaruhi permainan pasukan itu ketika berdepan Harimau Malaya dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Sokong Harimau Malaya sambil bantu Palestin
Peminat bola sepak tempatan berpeluang menyumbang kepada Palestin ketika menonton aksi skuad Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan.
Aksi Harimau Malaya-Kyrgyzstan kekal di Stadium Nasional Bukit Jalil
Stadium Nasional Bukit Jalil dikekalkan sebagai venue aksi sulung kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Kyrgyzstan pada 16 Nov ini.
Aksi Malaysia, Kyrgyzstan tetap di Bukit Jalil - FAM
Perlawanan pembukaan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Asia/Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Kyrgyzstan pada 16 Nov ini, akan tetap berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.