awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ayuh rakyat Malaysia, cubalah dengar kandungan Podcast

Wafa Aula
Wafa Aula
08/05/2018
00:26 MYT
Ayuh rakyat Malaysia, cubalah dengar kandungan Podcast
Pengguna podcast dinasihati untuk selalu meletakkan diri di tempat pendengar selain memilih kandungan podcast yang segar untuk dibincangkan. - Gambar hiasan
Jika anda seorang pendengar radio, namun ingin beralih angin sesekali, apa kata anda cuba mendengarkan platform audio Podcast.
Podcast merupakan satu platform audio yang sedang meningkat naik, seterusnya dijangka menjadi satu trend baharu dunia bermula tahun ini.
Astro AWANI sempat menemu bual wartawan Mary Kay Magistad, yang juga mempunyai program radionya sendiri, Whose Century Is It terbitan Public Radio International, untuk bercerita lebih lanjut mengenai fenomena Podcast di Amerika Syarikat (AS).
Fenomena Podcast di Amerika Syarikat
Mary mengakui Podcast sebelum ini tidak begitu popular di AS, namun platform audio itu semakin mendapat perhatian lantaran kualiti cerita dan temuramah yang dilihat lebih menarik mutakhir ini.
Beliau menjelaskan, kemuncak populariti Podcast bermula sebaik sahaja seorang wartawan bernama Sarah Koenig memuat naik siri audio Serial Podcast yang menceritakan kisah pembunuhan seorang pelajar sekolah menengah pada 12 tahun lalu.
Dalam tempoh beberapa bulan sahaja, ia berjaya mencatat rekod apabila jutaan pendengar memuat turun siri Podcast berkenaan, sekali gus melonjakkan nama platform audio itu ke seluruh AS.
Persembahan kandungan di platform Podcast mengikut pengkhususan tertentu. - Gambar fail
Persembahan kandungan di platform Podcast mengikut pengkhususan tertentu. - Gambar fail
Keunikan kandungan Podcast tarik minat pendengar
Namun menurut Mary sendiri, Podcast menjadi pilihannya untuk berkongsi maklumat dan pengalamannya sepanjang bergelar wartawan dengan pendengar, memandangkan masa siaran di televisyen yang terhad.
“Sebagai seorang wartawan, saya mempunyai banyak cerita untuk dikongsikan. Namun, semua temuramah itu perlu disingkatkan kepada 7 minit untuk disiarkan.
“Berkali-kali terlintas di fikiran saya, kalaulah saya berpeluang untuk mempunyai lebih masa untuk berkongsi dan bercerita tentang temu bual yang pernah saya jalankan, tentu akan lebih baik.
“Kini dengan Podcast, anda boleh kongsikan cerita anda selama mana yang anda mahu kepada pendengar anda,” katanya.
Menyedari lambakan Podcast telah menciptakan persaingan, Mary menasihati pengguna Podcast untuk selalu meletakkan diri di tempat pendengar selain memilih kandungan yang segar untuk dibincangkan.
Seni bercerita dan emosi pendengar
Bercerita mengenai kelebihan Podcast, Mary merasakan medium itu adalah satu platform terbaik yang dapat menonjolkan seni bercerita seseorang.
Hal itu dapat dilihat apabila pemilik Podcast tampil dengan gaya masing-masing dalam membincangkan pelbagai perkara dan kategori, seperti politik, budaya mahupun kesenian.
Gaya penceritaan yang digubah dengan sangat indah dapat memberikan sebuah pengalaman yang tidak disangka dan menyentuh emosi seseorang.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Mary Kay Magistad
#platform audio
#podcast
#Seni bercerita
#Serial Podcast
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan