GAYA HIDUP
Bagaimana rasanya bila gadis bercinta dengan beg sendiri?

Genevieve Blau memilih untuk bercinta dengan beg galas sendiri
Cinta tidak mengenal siapa, cinta juga mampu melangkaui batasan. Begitulah perumpamaan yang paling sesuai menggambarkan kisah cinta ini.
Seorang gadis dari Brooklyn, Amerika Syarikat dilaporkan memilih untuk ‘bercinta’ dengan beg galasnya sendiri.
Genevieve Blau mula menjalinkan hubungan dengan beg jenama JanSport berwarna merah jambu sekitar sebulan lalu.
Genevieve memuat naik rentetan percintaan mereka berdua di laman Instagramnya.

Genevieve Blau
Pelbagai aktiviti menarik dibadikan di laman Instagram – Foto Instagram Genevieve Blau
Pelbagai aktiviti Genevieve dan beg yang turut dinamakan JanSport dirakam oleh gadis ini antaranya, makan malam bersama, menonton wayang, bersiar dan lain-lain.Menurut salah satu status yang ditulis Genevieve, dia sudah memiliki beg berkenaan selama 10 tahun dan kemudiannya berhajat untuk ‘meneruskan’ perhubungan percintaan pula.

Genevieve Blau 2
‘Malam masih muda dan kami baru selesai menonton wayang’ - Foto Instagram Genevieve Blau
Dalam tempoh dua hari sahaja, akaun Instagram Genevieve mendapat lebih 2,000 pengikut baru selain ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi.Ada yang berpendapat, ia sesuatu yang pelik, ada juga yang merasakan apa yang dibuat pasangan kekasih ini sesuatu yang lucu.

Genevieve Blau Komen 1

Genevieve Blau Komen 2

Genevieve Blau Komen 3

Genevieve Blau Komen 4

Genevieve Blau Komen 5
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami