awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beg tangan persis 'LV' lebih kecil dari sebutir garam dilelong pada harga AS$63,000

Agensi
Agensi
01/07/2023
09:09 MYT
Beg tangan persis 'LV' lebih kecil dari sebutir garam dilelong pada harga AS$63,000
Digelar sebagai "Beg Tangan Mikroskopik", kumpulan seni tersebut, MSCHF, yang berpangkalan di Brooklyn memaklumkan beg itu lebih kecil daripada sebutir garam laut. - Foto Instagram MSCHF
SEBUAH beg tangan kecil berukuran kurang daripada 0.03 inci lebar dijual pada harga lebih AS$63,000 (RM294,052) dalam sesi lelongan dalam talian, Rabu lalu.
Hampir tidak dapat dilihat oleh mata manusia, beg berwarna hijau kekuningan pendarfluor itu mengambil inspirasi reka bentuk Louis Vuitton, walaupun ia adalah hasil kerja sebuah kumpulan seni New York, dan bukan keluaran label mewah itu sendiri.
Digelar sebagai "Beg Tangan Mikroskopik", kumpulan seni tersebut, MSCHF, yang berpangkalan di Brooklyn memaklumkan beg itu lebih kecil daripada sebutir garam laut.
Beg tangan itu diperbuat menerusi teknologi pembuatan yang digunakan untuk mencetak bahagian plastik berskala mikro 3D, dipanggil two-photon polymerization. Ia dijual bersama mikroskop yang dilengkapi dengan paparan digital di mana beg itu boleh dilihat.
Foto promosi menunjukkan reka bentuknya dengan lebih terperinci, mendedahkan monogram dengan tulisan "LV" yang biasa terdapat pada beg jenama Louis Vuitton.
Jualan lelongan itu dihoskan oleh Joopiter, sebuah pusat lelongan dalam talian yang ditubuhkan oleh artis, Pharrell Williams.
Walaupun Williams kini berkhidmat sebagai pengarah kreatif pakaian lelaki di Louis Vuitton, ketua pegawai kreatif MSCHF, Kevin Wiesner sebelum ini memberitahu New York Times bahawa kumpulan mereka tidak meminta kebenaran LV untuk menggunakan logo atau reka bentuknya.
MSCHF buat masa ini enggan memberi sebarang respons berkaitan rekaan beg tangan berkenaan, lapor CNN.
Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan yang diterbitkan bersama penyenaraian lelongan, syarikat tersebut menyatakan bahawa kecintaan industri fesyen terhadap beg kecil telah menjadi semakin lebih abstrak sehingga aksesori itu dianggap "simbol jenama semata-mata."
Topic Berkaitan
#beg tangan
#MSCHF
#Louis Vuitton
#Beg Tangan Mikroskopik
#lelongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan