awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas tentera cat dan hias rumah dengan Jalur Gemilang

Bernama
Bernama
28/08/2018
00:15 MYT
Bekas tentera cat dan hias rumah dengan Jalur Gemilang
Pesara tentera Muhammad Nasir Mustapha, 59, atau lebih dikenali 'Pak Dor' memeriksa Jalur Gemilang yang dipasang menghiasi rumah beliau sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018. - Bernama
Mengecat rumah dan memasangnya dengan ribuan Jalur Gemilang menjadi inisiatif kepada seorang bekas tentera sempena sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.
Muhammad Nasir Mustapha, 59, berkata selain itu, beliau turut memasang sebanyak 61 Jalur Gemilang di vannya.
"Saya mulakan kerja-kerja mengecat bahagian luar rumah dengan tema Jalur Gemilang sejak Jun lalu secara bersendirian dan telah mengeluarkan modal RM300 untuk membeli cat.
"Selain itu, saya memasang kira-kira 2,500 Jalur Gemilang di sekeliling rumah bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Batu 11 di sini, pada Isnin.
Muhammad Nasir mengutip Jalur Gemilang yang jatuh di tepi jalan, rosak mahupun koyak sejak tahun 2000 lagi. - Bernama
Muhammad Nasir mengutip Jalur Gemilang yang jatuh di tepi jalan, rosak mahupun koyak sejak tahun 2000 lagi. - Bernama
Menariknya, Muhammad Nasir tidak mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli Jalur Gemilang tetapi mengutipnya di tepi jalan.
"Saya mula mengutip Jalur Gemilang yang jatuh di tepi jalan, rosak mahupun koyak sejak tahun 2000 lagi.
"Walaupun sering disindir rakan-rakan namun ia memberi kepuasan sekaligus mendidik hati saya untuk mencintai tanah air," katanya.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata Jalur Gemilang merupakan kekuatan kepada anggota tentera dalam mempertahankan tanah air daripada sebarang anasir yang mahu merosakkan negara.
"Ini adalah cara saya melahirkan semangat cintakan negara. Walaupun ada sesetengah rakan yang sindir saya sudah gila, namun sebagai bekas tentera Jalur Gemilang adalah kekuatan kami.
"Sindiran itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus menghiasi rumah saya atau kenderaan saya dengan Jalur Gemilang sepanjang tahun terutamanya pada bulan kemerdekaan," katanya sambil menambah aktivitinya itu turut mendapat sokongan daripada anggota keluarganya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas tentera
#bendera
#Hari Kebangsaan
#Jalur Gemilang
#Merdeka
#Muhammad Nasir Mustapha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan