Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Trump tangguh serangan ke atas fasiliti tenaga Iran selama 10 hari lagi

U.S. President Donald Trump, sitting next to Secretary of State Marco Rubio and Defense Secretary Pete Hegseth, speaks during a cabinet meeting at the White House in Washington, D.C., U.S., March 26, 2026. REUTERS/Evelyn Hockstein
Presiden Trump (tengah) bercakap semasa mesyuarat Kabinet di White House, Washington, pada Khamis. - Gambar Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan bahawa pentadbirannya akan menangguhkan rancangan menyerang lokasi tenaga Iran selama 10 hari lagi, ketika rundingan antara kedua-dua pihak masih berjalan.

Dalam kenyataan di platform Truth Social, Trump berkata, penangguhan itu dibuat atas permintaan kerajaan Iran.

Advertisement

“Sebagai memenuhi permintaan Kerajaan Iran, biarlah kenyataan ini menjadi pemberitahuan rasmi bahawa saya menangguhkan tempoh pemusnahan loji tenaga selama 10 hari sehingga Isnin, 6 April 2026, jam 8 malam waktu Timur. 

"Rundingan sedang berlangsung dan bertentangan dengan laporan media palsu, ia berjalan dengan sangat baik,” katanya.

Penangguhan semasa dijadual tamat pada Jumaat, namun pengumuman baharu itu dibuat sejurus selepas pasaran saham ditutup pada lewat petang Khamis.

Penangguhan tersebut dilihat sebagai langkah penting ketika Washington dan Tehran meneruskan perbincangan bagi meredakan ketegangan yang meningkat sejak beberapa Agensi

Must Watch Video