awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bercinta dengan kertas tisu? Aksi si comel ini akan buat anda ketawa sendirian

Agensi
Agensi
28/04/2019
01:35 MYT
Bercinta dengan kertas tisu? Aksi si comel ini akan buat anda ketawa sendirian
Apabila Pusic diletakkan dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan tisu tandas dan hasilnya, kucing jantan itu naik 'gila'. - YouTube CatPusic
SEPASANG suami isteri mengabadikan kegilaan kucing kesayangan mereka terhadap gulungan tisu tandas dengan sebuah video yang berjaya menggeletek hati pengguna media sosial.
Si comel bernama Pusic ini bukan nama asing dalam kalangan pencinta kucing kerana ia sudah mempunyai pengikut sendiri melalui akaun Instagram yang diwujudkan oleh pemiliknya, seorang lelaki dari Belarus yang dikenali sebagai Vyacheslav.
Vyacheslav dan isterinya melakukan eksperimen peribadi dengan merakam gelagat Pusic apabila diletakkan dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan tisu tandas dan hasilnya, kucing jantan itu naik 'gila'.
Penonton tidak kering gusi melihat bagaimana Pusic berlari ke segenap penjuru bilik dan bermain dengan tisu, dalam video berdurasi 2 minit 17 saat itu.
Selepas dimuat naik ke YouTube seminggu lalu, ia sudah menerima tontonan melebihi 1.8 juta kali.
"Semasa ia kecil, Pusic sangat gemar bermain dengan tisu tandas. Tapi kami tidak benarkan kerana ia gemar buat sepah.
"Untuk sekali ini, kami beri peluang, di samping mahu melihat reaksinya selepas bertahun tidak bermain dengan tisu.
"Tetapi jangan risau, kami tidak membazir. Tisu tandas itu digunakan semula untuk dijadikan alat permainan Pusic," kata Vyacheslav seperti dipetik dari portal The Dodo.
Pusic merupakan kucing jalanan yang diselamatkan Vyacheslav empat tahun lalu.
Semenjak itu, Pusic menjadi kucing selebriti yang disayangi ramai, malah memiliki laman web lengkap dengan semua maklumat berkaitan dirinya.
Selain akaun YouTube untuk merakam gelagat Pusic, pemiliknya turut mewujudkan satu lagi akaun yang dikenali sebagai Pusic Academy, yang memaparkan video berkenaan tip penjagaan, pengurusan dan latihan tricks untuk kucing.
Anda mempunyai kisah menarik tentang si comel yang anda ingin kongsikan? Hantarkan kepada kami beserta nama penuh anda dan maklumat untuk dihubungi ke [email protected].
Jom kongsi kenakalan si comel anda!
Topic Berkaitan
#Instagram
#kucing
#media sosial
#Pusic
#video
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan