Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di Tampin platform bantu anak istimewa luar bandar

(Dari kiri) Mohd Nasri Nordin, Pengurus Besar RMHC Malaysia, Yusof Abdul Kadir, Pakar Terapi Carakerja RMHC Malaysia, Nur Azimah Md Rosli dan anaknya, Naura serta keluarganya semasa lawatan media ke Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald Tampin.
TAMPIN: Dalam memperluas capaian sokongan kemahiran kognitif dan keyakinan diri golongan kanak-kanak istimewa, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) merapatkan jurang kesedaran khususnya di luar bandar dengan mewujudkan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR).
Ringkasan AI
- Dalam memperluas capaian sokongan kemahiran kognitif dan keyakinan diri golongan kanak-kanak istimewa, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) merapatkan jurang kesedaran khususnya di luar bandar dengan mewujudkan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR).
- Pengurus Besar RMHC Malaysia, Mohd Nasri Mohd Nordin berkata, inisiatif RMSR yang dibangunkan RMHC Malaysia itu dilihat sebagai pendekatan proaktif dalam menyediakan ruang terapi berkualiti kepada keluarga yang sebelum ini terpaksa bergantung sepenuhnya pada pusat jagaan jauh dari kawasan mereka.
- Antaranya adalah di McDonalds Pandu-Lalu Tampin yang menjadikannya sebagai program inklusif yang paling memberi impak bagi keluarga di kawasan luar bandar.

Ruangan dan peralatan yang terdapat di Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald Tampin. - Foto McDonald's Malaysia
“Kami menubuhkan bilik terapi ini supaya keluarga, terutamanya dari kawasan luar bandar, mendapat akses yang lebih mudah yang mana ada keluarga dari Alor Gajah dan kawasan berdekatan yang mungkin tiada kemudahan seumpama ini atau terpaksa menampung kos yang tinggi.
“Kami juga berkolaborasi dengan pusat-pusat kesihatan kerana semua 36 RMSR yang ditubuhkan sejak tahun 1999 ini adalah satu-satunya yang memberi perhatian khusus kepada kanak-kanak autistik,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Nasri berkata sejak penubuhan pertama RSMR di ibu kota 26 tahun lalu, seramai 4,500 kanak-kanak autistik telah mendapat manfaat dari fasiliti ini setiap tahun.
Beliau turut mempelawa syarikat-syarikat korporat untuk bekerjasama melaksanakan tanggungjawab sosial bagi membantu ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas dengan mengambil kira keperluan mendesak ketika ini.
“Kalau di Malaysia ini bilik terapi memang terhad dan mahal yang mana kalau nak bangunkan satu bilik kosnya dalam RM100,000 bergantung kepada kelengkapan.
“Mana-mana pihak yang ingin berkolaborasi dengan RMHC dalam penubuhan RSMR, kami akan beri bantuan dari segi perkhidmatan dan nasihat,” tambahnya.

Naura (kanan) menjalani terapi yang dijalankan oleh Azimah Norsham, ahli terapi di Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald, Tampin. - Foto McDonald's Malaysia
Dalam pada itu, Pakar Terapi Cara Kerja RMHC Malaysia Muhammad Yusof Abdul Kadir berkata tujuan RMSR ditubuhkan bagi memberi rawatan berkesan kepada anak autistik khususnya kerana tidak semua sekolah atau pusat terapi menyediakan bilik seperti ini berikutan kosnya yang terlalu mahal.
Katanya, RMSR di Tampin khususnya mampu memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar memandangkan lokasinya yang strategik seiring keperluan semasa.
“Apabila ada seorang profesional berada di sini, ia menjadi satu kelebihan besar untuk masyarakat setempat. Kami juga memberi fokus kepada ibu bapa kerana merekalah yang paling memahami keperluan sebenar anak-anak mereka,” ujarnya.
Melalui program ini, RMHC bukan sahaja menyediakan ruang terapi lengkap dengan stimulasi deria terkawal, lampu interaktif, sudut kawalan emosi dan permainan sentuhan, tetapi turut memastikan setiap bilik direka bersama pakar perkembangan kanak-kanak bagi memastikan ia memenuhi piawaian intervensi awal yang betul.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


