Lembah Sireh yang terletak di tepi Sungai Kelantan di sini menjadi tumpuan umat Islam apabila mereka datang 'berkelah' untuk berbuka sepanjang Ramadan ini.
Suasana meriah tersebut dirasai semalam (Sabtu) dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung yang mencari kelainan ketika menikmati iftar, iaitu juadah berbuka di kawasan lapang di kawasan rekreasi itu.
Bagi pengunjung, Sulaiman Ismail, 45, yang tinggal di Pasir Tumboh, mereka sekeluarga sudah merancang dengan membawa hidangan nasi ulam dan budu.
"Isteri memasak beberapa menu tradisional Kelantan di rumah seperti sayur masak lemak, ikan keli berempah, ayam goreng kunyit dan beberapa jenis lauk-pauk lain.
"Yang penting ulam budu kami nikmati dengan makan beramai-ramai, bawa tikar dan peralatan lain seperti pinggan, mangkuk dan cawan bagi memudahkan urusan berbuka puasa di tempat rekreasi ini," katanya semasa ditemui bersama 10 anggota keluarganya.
Menurut pengunjung lain, Wan Aisah Wan Ali, 50, rata-rata pengunjung yang datang ke situ adalah dari daerah yang berlainan selepas mereka membeli-belah kelengkapan bagi menyambut hari raya di pasar raya berdekatan.
"Untuk persiapan membeli pakaian raya, kita bawa keluarga, jadi inilah masanya kita ambil kesempatan berbuka puasa di tepi sungai, sambil melihat suasana malam di sini, tak sangka pula ramai yang berniat sama.
"Kami beli nasi kerabu yang sudah siap, beli sebungkus seorang, tambah lauk-pauk, kuih-muih dan air, sambil nikmati juadah berbuka, kami boleh melihat keluarga orang lain juga," katanya yang tinggal di Kampung Selising, Pasir Puteh.
Muhammad Firdaus Irfan Ahmad Zamri, 20, pula berkata apa yang berlaku di lokasi itu, orang ramai datang seolah-olah berpakat, tetapi hakikat sebenar, mereka datang tanpa dirancang, sukarela dan secara spontan.
"Tak silap saya, pada awal puasa baru-baru ini, jumlah pengunjung yang hadir tidaklah seramai ini, hanya beberapa kelompok sahaja, tetapi apabila lokasi ini diviralkan sebagai menarik dan ada kelainan, menjelang Aidilfitri ini, ramai pula yang hadir.
"Parkir kenderaan pun sesak, tetapi yang bagusnya tersusun dengan elok walaupun tanpa anggota sukarela atau pihak berkuasa tempatan yang mengawal keadaan, masing-masing jaga diri dan selesai berbuka puasa, mereka buang sampah dengan baik," katanya.
Kemesraan sesama pengunjung dapat dilihat apabila ada yang bertukar-tukar juadah berbuka puasa seperti kuih-muih dan air minuman.
Ada pula yang membawa anak-anak kecil yang dilihat begitu riang dengan suasana itu, malah ada juga yang membawa kek dan belon menyambut hari jadi.
Bagaimanapun, ada juga pengunjung memberikan beberapa cadangan untuk menambah baik lagi kawasan rekreasi itu bagi kemudahan awam.
"Saya cadangkan PBT (Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam) dan Jabatan Pelancongan Negeri diharap menyediakan lampu di sini memandangkan ada pengunjung terpaksa membuka lampu telefon bimbit semasa makan serta disyorkan juga perbanyakkan tong sampah.
"Kawasan ini boleh jadi tempat tumpuan pelbagai golongan tidak kira muda atau tua untuk beriadah sambil menikmati keindahan alam, malah ia baik untuk keselamatan, sekali gus menarik pelancong luar datang melihat keadaan ini," kata kakitangan awam, Razali Husin, 46.
Katanya, apa yang berlaku pada bulan mulia ini adalah perkara yang elok kerana ada penyatuan umat Islam di negeri ini dan usaha itu dilihat sebagai tanda kebesaran Allah menerusi iftar tanpa dirancang, namun cukup terkesan serta menginsafkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2019
Trend orang ramai memilih lokasi untuk berbuka puasa di ruang terbuka semakin meningkat. - Bernama
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama warga PDRM
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah bersama para hadirin di Masjid Sallehin.
35,000 pengunjung tempatan, luar negara disasar sertai Iftar@KL 2024
Penyertaan pengunjung pada tahun ini amat menggalakkan dan meningkat berbanding hanya 30,875 pengunjung pada tahun lepas.
Hari pertama bazar Ramadan Kampong Bharu mula meriah
Warga kota tidak melepaskan peluang ke bazar Ramadan popular itu seawal jam 3 petang meskipun dalam keadaan cuaca panas terik.
PRN: Nik Abduh tarik balik keputusan 'berpuasa' politik
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh menarik balik keputusannya untuk 'berpuasa' daripada arena politik negara.
Buka puasa di tanah kubur dibimbangi langgar adab, akhlak - Mufti
Tindakan berbuka puasa di pekarangan tanah perkuburan kurang sesuai untuk dilakukan.
Sultan Johor, TMJ berkenan berbuka puasa bersama pengamal media, ketua pengarang
Sultan Johor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama para pengamal media, ketua-ketua pengarang, editor-editor dan ketua-ketua pegawai eksekutif media di Istana Polo di sini pada Ahad.
Guan Eng berbuka puasa bersama UMNO Balik Pulau
Beliau berterima kasih kepada Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Shah yang menerima kunjungan itu.
PM buka puasa bersama pengamal media, penggiat seni tanah air
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa meluangkan masa dengan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media.
Aksi Everton, Spurs dihentikan beri laluan pemain berbuka puasa
Permainan dihentikan pada minit ke-26 bagi memberi laluan kepada Onana, Doucoure dan Gueye berbuka puasa di tepi padang.