awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan tak boleh bagi, tapi saya tak suka orang meminta - Datuk Seri Vida

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
21/07/2017
12:38 MYT
Bukan tak boleh bagi, tapi saya tak suka orang meminta - Datuk Seri Vida
Datuk Seri Vida nafi beliau bersikap riak apabila memuat naik video dan gambar membeli-belah di butik mewah. -Foto Instagram Dato Seri Vida
BAGI mereka yang mampu, membeli-belah di butik-butik mewah bukanlah satu perkara yang pelik.
Namun apabila aktiviti itu dimuat naik ke laman sosial, ia sering kali menimbulkan persepsi yang negatif.
Bagi usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, memuat naik video dan gambar membeli-belah di butik mewah ke laman sosial bukanlah tanda beliau riak.
Sebaliknya, dalam beberapa kemas kini terbaharu di akaun Instagram, pemilik jenama Vida Beauty yang kini sudah bergelar penyanyi itu memberitahu ia satu bentuk perkongsian dan pemasaran jenamanya.
Apa yang diharapkan daripada perkongsian itu ialah orang ramai akan tertarik untuk sama-sama menceburi bidang perniagaan.
Inilah dia LV TERBESAR di ASIA Sanggup 2 jam lewatkan tutup.. Semata tunggu saya.. huhu . . Saya tak tengok saja syg.. Nampak riak?? Taklaa.. Macam ni.. saya nok sayang tahu Inilah hasil dari bisnes saya.. Jom... Buat business.. Jadi agent saya.. Meh saya ajar.. @datosrisalmahismail
A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Jul 20, 2017 at 8:44am PDT
Dalam masa yang sama, Vida turut menjawab usikan netizen yang minta 'dibelanja'.
Sebenarnya syg.. Nyoping ni.. adalah suatu hadiah Untuk saya sendiri.. salah satu cara Apa guna saya cari duit.. Selain daripada menabung dan berbakti . . Ramai yang mintak sponsor dan bantuan Bkn saya tak boleh bagi Tapi.. Saya tak suka klau orang meminta Klau yang betul2 tak mampu.. insha Allah saya suka memberi . . Dan satu kegembiraan saya dapat rasa Bila sahabat ada di sisi @datosrisalmahismail @dsrose13 . . Sayang mailaa kawan dgn saya.. Singapore..Malaysia.. siapa nak jadi agen?? Tinggal nombor fon saya akan contact yerr??? Muahh...
A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Jul 20, 2017 at 9:38am PDT
"Bukan tak boleh bagi, tapi saya tak suka orang yang meminta.
"Tetapi jika benar-benar tidak mampu, saya akan cuba beri bantuan," katanya.
Video-video dan gambar-gambar yang dimuat naik Vida itu adalah daripada percutiannya ke Singapura, di mana beliau berkunjung ke butik jenama Louis Vuitton terbesar di Asia.
Difahamkan butik tersebut menutup operasi dua jam lewat daripada biasa kerana memberi peluang kepada Vida dan rakannya membeli belah.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Vida
#Instagram
#laman sosial
#Louis Vuitton
#Singapura
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan