awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadikan agama alat perbalahan dalam masyarakat - Aaron
Thaipusam: Melaka dijangka terima 50,000 penganut Hindu tahun ini
[TERKINI] Pegawai kanan ATM, Mohamed Fauzi didakwa pecah amanah RM5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cara mudah 'hasut' isteri agar rajin memasak

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2019
08:59 MYT
Cara mudah 'hasut' isteri agar rajin memasak
Cari pendekatan agar isteri rajin memasak.
SANG suami pastinya begitu teringin menikmati masakan air tangan isteri.
Lebih-lebih lagi kalau isteri sudah lama tidak ke dapur.
Namun, kadangkala ada wanita ada sahaja alasan yang diberikan untuk mengelak daripada memasak.
Suami makan hati dan memujuk diri. Mungkin ketika itu, isteri mengalami tekanan perasaan di tempat kerja.
Berhadapan dengan situasi sebegitu, suami harus membuat sesuatu.
Cari pendekatan agar isteri rajin memasak.
Laksanakan tip ini agar isteri rajin memasak:
1. Mula dengan menu mudah
Sebagai permulaan, pujuk isteri untuk memasak hidangan yang mudah disediakan. Contohnya, sardin, telur dadar dan sebagainya. Tunjuk betapa anda menghargai apa yang disediakan. Jika makanan yang tidak dimasak tidak sedap, lebih baik diam. Bimbang isteri merajuk kembali untuk memasak.
2. Tonton rancangan memasak
Ambil masa menonton rancangan masakan bersama isteri. Ia bagi membangkitkan semangat isteri untuk memasak sendiri menu yang dilihat. Anda harus ringan tulang membantu isteri di dapur dengan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Melihat kesungguhan anda isteri pasti akan berasa serba salah jika tidak memasak.
3. Sediakan menu
Isteri yang bekerjaya tidak mempunyai masa untuk memasak. Jadi bagi memastikan isteri memasak, suami perlu membantu isteri di dapur. Fikirkan menu yang hendak dimasak. Tidak dinafikan isteri adakalanya buntu mahu menyediakan hidangan untuk keluarga. Ketika isteri sedang memasak hidupkan suasana ceria dan bergurau senda di dapur. Dengan ini isteri tidak merasa bosan memasak.
4. Beri komen positif
Beri kata-kata pujian dan komen positif supaya isteri dapat memperbaiki lagi kemahiran memasak. Beri sokongan kepada isteri yang menunjukkan minat untuk belajar memasak. Meskipun, dia hanya menggoreng telur kicap, pastikan anda tetap beri pujian dan berterima kasih kepadanya.
5. Belikan buku resepi
Hadiahkan buku resepi pada isteri. Terdapat banyak judul yang boleh membantu isteri anda mempelbagaikan lagi kemahiran memasaknya. Bagi isteri yang masih dalam proses belajar memasak, apa kata anda cuba amalkan cara ini. Kumpul seberapa banyak resepi dan cara-cara memasak. Pilih cara memasak paling mudah dan ringkas. Menu itu dipilih mengikut selera kegemaran anda dan isteri. Lebih mudah jika jadikan ia sebagai buku resepi keluarga anda.
Topic Berkaitan
#air tangan isteri
#beli buku resipi
#elak daripada memasak
#isteri rajin memasak
#makan hati
#menu mudah
#sudah lama tidak ke dapur
#tekanan perasaan
#Tonton rancangan memasak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan