awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
Keputusan kes 1MDB Najib esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CBR 150R 2021 dah masuk Thailand, Malaysia bila lagi?

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/06/2021
02:00 MYT
CBR 150R 2021 dah masuk Thailand, Malaysia bila lagi?
Persoalan kini adakah CBR 150R (2021) akan mengikuti jejak 'abangnya' CBR 250RR ke pasaran Malaysia? -Honda
PASARAN jentera motosikal negara jiran begitu meriah dengan kemasukan model-model baharu yang dilancarkan awal tahun ini.
Terkini, Thailand menerima kemasukan model Honda CBR 150R (2021) yang telah lebih dahulu dilancarkan di Indonesia.
CBR 150R (2021) merupakan pencabar terhadap Yamaha YZF-R15 yang sedang mendominasi kelas 150cc bagi tunggangan jenis ala sportbike.
Muka hadapan sememangnya mirip 'abangnya', Honda CBR 250RR, yang baru menjejakkan kaki ke pasaran Malaysia hujung tahun lepas.
Sistem suspensi dengan jenis fork terbalik di depan manakala belakang dilengkapi monoshock malah jentera ini mempunyai pencahayaan yang baik apabila menggunakan lampu utama jenis LED.
Sistem brek pula menggunakan kaliper Nissin dengan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan sistem brek kecemasan.
Enjin CBR 150R dilengkapi trenkuasa silinder tinggal DOHC 150cc penyejuk cecair menghasilkan kuasa 17.1hp @9,000rpm dan tork 14.4Nm @ 7,000rpm.
Jentera ini dilengkapi transmisi klac manual enam kelajuan dengan ciri klac antigelincir (assist & slipper).
Terdapat dua varian ditawarkan di pasaran Thailand iaitu CBR 150R ABS dan CBR 150R Standard (tanpa ABS).
Harga bagi versi standard bermula pada RM10,500 manakala versi ABS bermula RM11,600.
Skim warna pula meriah dengan enam jenis ditawarkan kesemuanya iaitu hitam-merah, hitam, hitam-strip merah, merah-putih hitam.
Persoalan kini adakah CBR 150R (2021) akan mengikuti jejak abangnya CBR 250RR ke pasaran Malaysia?
Versi bukan ABS
Bagi versi ABS pula terdapat MotoGP Edition (Repsol) DAN Honda Tricolor.
Versi ABS
Versi ABS
Persoalan kini adakah CBR 150R (2021) akan mengikuti jejak ''abangnya', CBR 250RR ke pasaran Malaysia?
Versi kapcai Honda Winner pun belum nampak ‘batang hidung’ lagi. (Spyshoot dah banyak kali dah nampak).

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Topic Berkaitan
#Honda
#MotoGP
#model
#Thailand
#Malaysia
#motosikal
#Honda CBR 150R
#Honda CBR 250RR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan