PADA hujung minggu lepas, tentunya perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2016 di Bangkok telah menyaksikan pertembungan yang cukup dramatik antara pasukan bola sepak kebangsaan Thailand dengan skuadnya yang penuh bersemangat dan Garuda Indonesia – pasukan rantau Asia yang telah menonjolkan peningkatan prestasi yang paling memberangsangkan.
Tatkala Thailand meraikan kemenangan di hadapan peminat yang riuh bersorak di Stadium Rajamangala, usah kita lupakan nasib pasukan kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya – yang kini menghuni tangga ke-156 di Kedudukan Dunia FIFA, dan telah ditewaskan oleh Vietnam serta Myanmar dalam pusingan awal Piala Suzuki.
Sememangnya, banyak yang telah ditulis tentang bagaimana prestasi bola sepak tempatan Malaysia telah mengalami kemerosotan sejak zaman kegemilangannya pada tahun 1970-an dan 80-an. Malah, tokoh-tokoh seperti Santokh Singh, Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, James Wong dan R. Arumugam mash dijulang tinggi pada hari ini, meskipun 30 tahun telah berlalu sejak mereka bersara sebagai pemain profesional.
Meskipun saya bukanlah seorang pengulas bola sepak dan walaupun Piala AFF ini bukanlah seperti Piala Dunia, saya cukup terpesona dengan impak yang mampu diberi oleh sukan terhadap semangat dan jiwa kebangsaan sesebuah negara – malah terhadap keberangsangan landskap politiknya.
Mungkin kenyataan ini keterlaluan, tetapi hakikatnya, pertalian antara sukan dan nasib politik cukup menarik. Lihatlah kepada persamaan pada penderitaan nasib yang dialami pasukan bola sepak Brazil (termasuk kekalahan 7-1 kepada Jerman di Piala Dunia 2014) dan mantan Presiden Dilma Rousseff, yang telah menghadapi saga prosedur pelucutan jawatan tidak lama selepas itu.
Bagi Malaysia, gelora poltiknya tidak kurang hebatnya. Malah, kekalutan yang kita lalui telah menyebabkan ramai dalam kalangan rakyat yang kecewa dengan trajektori menurun negara kita – yang juga sepadan dengan prestasi pasukan nasional yang kian merosot tanpa berkesudahan.
Justeru, adalah agak menarik apabila pada awal Januari tahun ini, rakyat Malaysia telah disajikan dengan sebuah filem yang menimbulkan semangat ‘kembali percaya'. Filem tersebut adalah Ola Bola, terbitan Astro Shaw (Saya perlu akui Astro merupakan salah satu penaja Ceritalah ASEAN).
Mengambil inspirasi daripada kehidupan kumpulan pemain bola sepak lagenda Malaysia yang disebut di atas, ‘Ola Bola’ melakarkan perjalanan sekumpulan lelaki muda yang berasal darpada pelbagai latar belakang – campuran klasik Malaysia iaitu Melayu, India, Cina (serta seorang daripada Malaysia Timur, warga Sabah) – yang telah mencapai persepakatan untuk membentuk pasukan bola sepak kebangsaan yang tiada tandingan sehinggakan cukup yakin untuk berhadapan serta menewaskan gergasi bola sepak seperti Korea Selatan.
Dengan penampilan barisan pelakon yang berbilang bangsa serta penekanan terhadap ‘kekuatan Malaysia dalam kepelbagaian (kaum)’, filem ini menimbulkan sebuah pandangan yang girang dan positif mengenai potensi negara kita – agak berlainan dengan arus semasa yang dipenuhi tajuk-tajuk berita yang negatif.
Sekali lagi ingin saya tekankan, saya bukanlah seorang pakar bola sepak, namun saya amat menggemari filem ini. Malah, saya telah berkesempatan untuk meluangkan masa bersama beberapa individu yang telah terlibat dalam penerbitan filem ini, termasuklah pengarah filem, Chiu Keng Guan, serta dua orang pelakonnya, JC Chee (yang memainkan watak “Chow Kwok Keong” atau “Tauke”) dan Luqman Hafidz (“Ahmad Ali”).
Anak kepada seorang pemandu lori dan seorang suri rumah dari Batu Pahat, Chiu telah menjadi pengarah untuk beberapa filem yang telah berjaya mencatat kutipan pecah panggung yang tertinggi di Malaysia, termasuklah “The Journey”. Seorang bekas penuntut pengajian perfileman di Beijing, Chiu berpegang teguh kepada formaliti proses pembikinan filem – asas utama serupa penggunaan perbendaharaan kata dan tatabahasa dalam bahasa penceritaan visual. Tambahan pula, beliau merupakan seseorang yang berpegang kepada takdir.
“Sebagai seorang pengarah kita tidak mencipta sebuah filem. Sebaliknya, saya percaya bahawa ia adalah sebuah cerita yang hanya menanti waktunya untuk diceritakan dan saya berasa beruntung kerana dipilih untuk menjadikannya satu kenyataan. Lagipun, saya seorang peminat bola sepak.”
Chiu melihat Malaysia sebagai cukup unik. Menggunakan bahasa seorang pembikin filem, beliau menceritakan bagaimana dengan menggunakan kanta panorama untuk melihat negara kita secara keseluruhan, kita boleh menangkap intipati kehidupan harian rakyat Malaysia - sesuatu yang beliau cuba mencapai dalam “Ola Bola”.
Pada masa yang sama, beliau berpendapat bahawa pengunaan kanta berfokus yang bertumpu kepada masyarakat Melayu dan Cina secara eksklusif (seperti dalam filem “The Journey”) turut mampu untuk menangkap intipati pengalaman kehidupan harian rakyat Malaysia yang sama meskipun mungkin terdapat perbezaan dari segi pengunaan bahasa dan/atau budaya.
Barisan pelakon muda beliau turut merasa semangat beliau. Bercakap mengenai wataknya, Luqman mengatakan: “Watak Ali cukup bermakna kepada saya. Dialah yang menjadikan saya seorang warga Malaysia yang lebih baik dan telah menjadi sumber kekuatan dalam kehidupan saya dengan mengingatkan saya supaya tidak berputus asa.”
Bagi JC pula, seni filem telah menjadi kehidupan hariannya: “Apakah cara yang telah saya ambil untuk menyelami watak ini? Sememangnya, saya terpaksa membuat persediaan yang cukup rapi… saya perlu menjiwai seorang ketua pasukan bola sepak. Malah, sayalah orang pertama yang akan tiba di bilik persalinan, inilah inisiatif saya untuk menampilkan perwatakan seorang kapten.
"Tambahan pula, saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada krew dan barisan pelakon lain supaya mereka berasa bahawa kami berada dalam satu pasukan. Inilah yang saya telah mempelajari daripada watak tersebut. Jika anda mahu menjadi seorang pemimpin, anda harus berusaha dengan bersungguh-sungguh. Cuba yang sebaik mungkin. Anda harus menepati waktu. Anda perlu bertanggungjawab. Inilah amalan saya sepanjang filem ini, dan ia telah memberi impak yang cukup besar kepada diri saya.”
Walaupun ramai pengkritik menyelar nada filem ini dianggap terlalu positif terhadap permasalahan negara, tidak dapat dinafikan bahawa filem ini adalah sebuah filem yang cukup rancak, tulus dan menyentuh hati dan berbaloi untuk ditonton.
“Ola Bola” mengingatkan kita bahawa tidak kira apa pun masalah yang dihadapi oleh Malaysia (yang sememangnya cukup banyak), kekuatan negara kita negara terletak pada semangat permuafakatan merentasi jurang kaum dan agama. Walaupun ‘Impian Malaysia’ sudah retak, namun ia belum lagi musnah berkecai dan mampu dibina semula.
BACA: Ceritalah ASEAN: Ada Apa Dengan Cinta: Lebih daripada sebuah filem
BACA: Ceritalah ASEAN: Isu peralihan kepimpinan di Singapura: Panggilan untuk Tharman
BACA: Ceritalah ASEAN: Kemangkatan seorang Raja
BACA: Ceritalah ASEAN: Meth, syabu, ice, kristal
BACA: Ceritalah ASEAN: Petani-petani bunga dari Nam Dinh
Karim Raslan
Thu Dec 22 2016
JC Chee (kiri) dan Luqman Hafidz (kanan) yang memainkan watak Chow Kwok Keong dan Ahmad Ali dalam filem -Ola Bola-. - Astro AWANI/ Karim Raslan
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ceritalah: Sejarah berulang dengan gunung berapi Taal
Pemandangan ketika Taal meletup dan imej-imej semarak debu yang besar dan menakutkan naik ke arah langit diiringi dengan kilatan guruh dan petir yang disebarkan ke seluruh dunia oleh media sosial.
Ceritalah: Tuntutan China atas Laut China Selatan - ASEAN harus bersatu
Pada tahun 2016, pemimpin-pemimpin dunia memandang Beijing dan beliau sebagai suatu hab alternatif - bagi suatu pendekatan terhadap ekonomi dan politik global yang berprinsip dan seimbang.
Ceritalah ASEAN - Joko Anwar: Cemerlang atas usaha sendiri
Tarikannya dan citra jenakanya menyembunyikan suatu minda yang amat bekerja keras dan berfokus.
Ceritalah - Perang dadah Duterte: Rakyat suram sambut Krismas
Kerana enggan kekal diam dan menerima takdir berdarah anaknya, Normita terpaksa meninggalkan rumahnya dan sekarang tinggal bersama seorang sanak saudaranya di bahagian lain bandar itu.
Ceritalah ASEAN - Aung San Suu Kyi: Lannister atau Stark?
Aung San Suu Kyi dari Myanmar - anak seorang jeneral, mengetuai sebuah negara amat rapuh telah menjadi musuh Tatmadaw (tentera) untuk menjadi apologis atau, lebih teruk lagi, pemudah mereka.
Ceritalah ASEAN - Plastik: Patut dikekalkan atau dihapuskan?
Gabungan pendapatan dari 50 firma petrokimia teratas dalam tahun 2018 adalah ASD926.8 bilion, jauh melebihi industri penapisan berjumlah ASD400 bilion.
Ceritalah Indonesia - Jawa: Mengenai bahasa dan perpaduan
Secara berasingan, kesemua tujuh presiden Indonesia mempunyai darah Jawa - termasuk BJ Habibie kelahiran Sulawesi yang baru meninggal. BJ Habibie adalah separuh Jawa.
Ceritalah - Enam hari di laut: Suatu pelayaran di atas Nggapulu
Dari saat para penumpang menaiki feri lapan tingkat itu, Nggapulu menjadi suatu mikrokosmo republik itu sendiri.
Ceritalah Indonesia - Anak muda memberontak: Apa mereka mahu?
Antara 23 dan 30 September, Hamzah adalah salah seorang daripada ribuan pelajar yang membuat bantahan di luar Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) menghidupkan semula ingatan pada waktu Reformasi.
Ceritalah: Gelombang kemasukan pelancong India ke Asia Tenggara
Sementara ekonomi India mungkin menghadapi kemerosotannya sendiri, pelancong dari gergasi Asia Selatan itu menjadi kuasa yang semakin perlu diiktiraf di rantau Asia Tenggara.