SEREMBAN: Jika ada sebahagian pemilik motosikal memilih menukar saiz cermin sisi dan nombor plat yang lebih kecil kerana dikatakan kelihatan lebih bergaya, lain pula dengan seorang pemilik di daerah ini.
Siti Aminah Abdullah, 49, memasang cermin sisi dan nombor plat lori satu tan pada motosikal Yamaha Ego S miliknya.
Disebabkan itu dia sering menjadi perhatian ramai, malah aksinya menunggang motosikal tersebut turut tular baru-baru ini.
Menurutnya, dia membeli motosikal terpakai tersebut pada 2010 dengan harga RM4,500 untuk memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja.
"Masa awal itu, cermin dan nombor plat motosikal ini saiz standard saja, tetapi selepas setahun menggunakannya suami bagi cadangan tukar kepada saiz yang lebih besar.
"Dia kata nak beli motosikal besar tak mampu, yang mampu tukar cermin sisi dan nombor plat besar saja," katanya secara berseloroh ketika ditemui di rumahnya di Rasah di sini pada Rabu.
Apa yang menariknya, cermin sisi tersebut menggunakan cermin sisi lori satu tan yang diubah suai oleh suami Siti Aminah sendiri manakala nombor plat tersebut ditempahnya sebelum dipasang sendiri.
Dia mengakui pada awalnya sedikit malu apabila ramai yang memandangnya pelik, namun kini ia sudah dianggap biasa.
"Kadang-kadang kalau berhenti di lampu isyarat ada yang tanya cermin itu beli dekat mana dan ada juga komen kata kenapa tak pasang cermin bas je.
"Tak kisah lah apa yang orang nak kata pun saya dah lali semua itu. Ada juga yang nak bergambar dengan motosikal saya kerana mereka kata unik," katanya yang merupakan seorang peniaga.
Tambahnya, dia bukan sengaja mahu mencari publisiti memasang cermin sisi dan nombor plat bersaiz lebih besar berbanding biasa, tetapi untuk keselesaannya di jalan raya.
Malah katanya, pemandangannya juga menjadi lebih luas ketika menunggang motosikal dan lebih selamat.
"Kalau lalu sekatan jalan raya itu saya dah biasa kena tahan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau polis kerana mereka tertarik dengan cermin sisi dan nombor plat motosikal saya.
"Yang saya tahu kali pertama video saya menunggang motosikal tular pada September tahun lalu dan baru-baru ini tular semula," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 18 2024
Siti Aminah melihat pada cermin motosikalnya yang bersaiz besar. - Foto Sinar Harian
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.
Malaysia Masters 2024 buka gelanggang, pemain negara optimis buat yang terbaik
Gelanggang kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 membuka tirainya hari ini hingga 26 Mei ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
AWANI Pagi: COVID-19 belum berakhir
Diskusi #AWANIpagi hari ini bersama Dr Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung ancaman COVID-19 yang belum berakhir.
#AWANInews
#AWANInews
EPL: Liverpool sahkan Arne Slot sebagai pengganti Jurgen Klopp
Slot mengendalikan kelab Belanda, Feyenoord Rotterdam sejak 2021, memenangi kejuaraan liga Eredivisie pada 2022/23 bersama Piala Belanda.
Cermin sisi motosikal 'besar gedabak' Siti Aminah curi tumpuan
Siti Aminah memasang cermin sisi dan nombor plat lori satu tan pada motosikal Yamaha Ego S miliknya.