INSPIRASI dan motivasi. Dua perkara penting yang ‘membisik’ di hati, menjadikan impian satu realiti.
Tatkala rasa putus asa semakin mendominasi, inspirasi dan motivasi yang akan menyelamatkan diri untuk kembali mengecapi apa yang dingini.
Shige tahu, tanggungjawab yang digalasnya kini sebagai pencari nafkah bagi keluarga, perlu dijalankan sebaiknya. Jika tidak, binasa mendatang buat dia dan keluarga.
“Matlamat saya untuk menang kejohanan adalah kerana duit,” ungkap Shige, seperti tiada rahsia. “Bagi menampung dan membayar hutang keluarga saya,” sambungnya.
Shige atau nama sebenarnya Boon Shin, 27 tahun, sangat terkenal dalam dunia e-sukan tempatan kerana kehebatan jemarinya mengatur taktikal di konsol dalam permainan video FIFA.
Persembahan mantap yang mengagumkan sentiasa. Gelaran juara satu per satu dirangkulnya sejak dia berusia 10 tahun.
Namun Shige tidak pernah sekali angkuh kerana baginya kemenangan yang diraih adalah lebih daripada sekadar gelaran juara kerana keutamaannya adalah kesejahteraan keluarganya sendiri.
Tinggalkan dunia perbankan
Graduan ijazah kewangan universiti swasta ini membuat satu keputusan berisiko pada tahun lalu.
Tiada siapa yang menjangkakannya.
“Ramai cakap saya bodoh dengan keputusan yang saya buat ini.
“Secara umumnya, pemuda 27 tahun seperti saya sepatutnya sudah ada kerja yang stabil tapi saya tinggalkan kerjaya tersebut untuk menjadi pemain profesional e-sukan,” jelas Shige mengimbas kembali saat dia membuat keputusan untuk menyertai pasukan Fire Dragoon.
Fire Dragoon merupakan antara syarikat e-sukan terkenal di Malaysia yang melatih pemain untuk menjadi pemain profesional dalam arena ini. Mereka juga menggaji pemain dan jurulatih e-sukan sepenuh masa. Shige antaranya.
Meskipun begitu, industri e-sukan di Malaysia masih ‘hijau’ dan meninggalkan dunia perbankan merupakan satu risiko yang besar.
Jadi, Shige mempertaruhkan satu kepercayaan dengan keputusan yang diambilnya itu.
“Saya percaya kepada potensi industri e-sukan Malaysia. Ia akan menjadi satu industri besar pada lima tahun akan datang.
“Ia akan berkembang dan boleh pergi lebih jauh. Saya tidak menyesal memilih jalan ini,” kata Shige yang sebelum ini pernah bekerja sebagai juruaudit dan jurubank.
Kenyataan dan harapan
Tidak ramai memandang serius dengan potensi e-sukan tempatan. Masih ada yang beranggapan permainan video adalah sekadar mengisi masa lapang, bukan sebagai kerjaya.
Apa yang Shige boleh lakukan ketika ini adalah dengan terus menggilap skil permainan videonya lapan jam sehari.
Dia berharap persepsi orang ramai itu akan lenyap, saat dia berjuang dan membawa Jalur Gemilang mendominasi ranking dunia.
Dia perlu terus percaya e-sukan ada tempatnya dan Malaysia ada potensinya.
Shige tidak silap.
Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengumumkan Majlis Sukan Negara (MSN) akan menubuhkan satu unit yang memberi fokus kepada pembangunan e-sukan tempatan.
Khairy juga berkata Malaysia tidak boleh ketinggalan memandangkan negara ini sudah mempunyai pemain profesional yang bertarung di peringkat antarabangsa, seperti Shige.
“Saya memang percaya industri ini boleh berkembang tapi ia masih satu perkara yang tidak pasti kerana kerajaan tidak pernah cakap apa-apa sebelum ini (berkaitan dengan e-sukan).
“Jadi, saya sangat gembira. Segala usaha keras sebelum ini akhirnya, ada orang pandang,” jelas Shige.
Walaupun berita itu belum cukup untuk menghilangkan beban yang ditanggungnya, sekurang-kurangnya Shige mampu menarik nafas lega seketika.
Dia tahu pengorbanan demi pengorbanan yang dilakukan selama ini tidak sia-sia.
Dia percaya sinar masa hadapannya kini semakin jelas.
Mariah Ahmad
Sat Jan 06 2018

Shige, atau nama sebenarnya Boon Shin, sangat terkenal dalam dunia e-sukan tempatan kerana kehebatan jemarinya mengatur taktikal di konsol dalam permainan video FIFA. - Foto Fire Dragoon

Mahkamah | Warga Indonesia dituduh bunuh cucu saudara
Kejadian dipercayai berlaku antara 28 Disember pada oukul 12.01 pagi hingga 30 Disember pada pukul 81.0 malam

Pukul Pelanggan | Datuk dan rakan mengaku bersalah
Lelaki bergelar Datuk dan rakannya yang memukul seorang pelanggan di sebuah restoran pada 13 Januari lepas, mengaku bersalah bagi dua tuduhan menyebabkan kecederaan dan melakukan mudarat awam di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.
Tertuduh Tan Wai Kan, dan rakannya, Ang Mow Loong didakwa bersama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan serta Seksyen 290 kerana melakukan mudarat awam.

Malaysia Komited | Bantu ASEAN wujudkan ekosistem data selamat
Malaysia komited memastikan aliran data rentas sempadan yang selamat untuk mewujudkan ekosistem e-dagang dalam kalangan negara ASEAN, menerusi inisiatif di bawah kerangka tadbir urus data digital ASEAN.
Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, malaysia juga memberi komitmen untuk mempromosikan program pensijilan keselamatan siber profesional dalam membantu mewujudkan keselamatan siber bertaraf dunia.

Bekas kakitangan Puspakom mengaku tidak bersalah palsu dokumen bernilai RM52,500
Noor Marliza Ishak, 48 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rihaida Rafie selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Jangan ada yang cuba minta Ahmad Zahid berundur - Ahmad Jazlan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu meminta pihak tertentu supaya bersabar dan menghormati amalan demokrasi yang diamalkan dalam parti.
Joe Biden takes the helm as 46th U.S President
U.S. President Joe Biden speaks during the 59th Presidential Inauguration in Washington, U.S., January 20, 2021.

Abang Johari umum pakej BKSS 5.0 berjumlah RM405 juta
Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 berjumlah RM405 juta dalam usaha membantu meringankan beban rakyat Sarawak yang terkesan akibat COVID-19.

2,500 Prosefor Malaysia tidak ada kualiti, respons MPN
Untuk mengulas lebih lanjut mengenai kritikan Tun Arshad ini, kita bersama dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr. Raduan Che Rose.

Pelakon Aeril Zafrel positif COVID-19
Kata Aeril, buat masa sekarang dia menjalani kuarantin kendiri di bilik atas kediamannya.

Ahmad Faizal letak jawatan Presiden PAFA
Datuk Adly Shah Ahmad Tah pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pafa dan Pengurus Pasukan Liga Super Perak.

FIFA 19: 2 minggu selepas 'disekat' EA, Shige kini kembali beraksi
Pemain profesional FIFA 19 tanah air, Boon Shin (Shige), 28, akhirnya mampu beraksi selepas akaunnya dikembalikan oleh pembangun e-sukan tersebut, Electronic Arts (EA).

E-sukan: Mobile Legends, PES, FIFA akan ditonjolkan dalam SUKMA Perak
Ketiga-tiga e-sukan tersebut akan disertai pemain-pemain profesional seperti Amtuah, Shige dan pasukan Mobile Legends Honor MysteriousAssassin.

FIFA18: AmTuah, Luqman, Shige beraksi di pentas Asia
Siapa bakal bergelar yang terbaik di Asia dalam arena e-sukan FIFA 18?

Dari dunia perbankan ke arena maya, Shige pertaruh masa hadapan
Shige atau nama sebenarnya Boon Shin, 27, sangat terkenal dalam dunia e-sukan tempatan kerana kehebatan jemarinya mengatur taktikal di konsol dalam permainan video FIFA.