IA seperti kisah yang dibaca dalam novel cinta atau drama yang ditonton di televisyen.
Seorang wanita yang terdesak, mencari seseorang untuk menyamar sebagai teman lelakinya, namun akhirnya 'lakonan' itu menjadi realiti apabila mereka benar-benar saling jatuh cinta dan berkahwin.
Kedengaran seperti dongeng zaman moden, hakikatnya itulah yang berlaku kepada Llia Apostolou. Wanita dari London itu, pada tarikh 7 Julai 2014, memuat naik status berikut ke akaun Twitter.
Apostolou ketika itu mencari seorang lelaki untuk dijadikan teman ke majlis perkahwinan kakaknya. Malah, dia juga mahukan seorang kanak-kanak untuk menyamar sebagai anaknya.
Tidak dijelaskan mengapa dia berbuat demikian, tetapi ramai dapat mengagak kerana majlis perkahwinan, bagi sesetengah wanita bujang, merupakan acara yang memberi tekanan kerana perlu berhadapan dengan pelbagai soalan kurang enak berkenaan hal peribadi.
Seorang lelaki, Phil Gibson kemudiannya membalas tweet tersebut dengan menyatakan kesudiannya menjadi 'teman lelaki upahan' Apostolou.
Dari situlah, segalanya bermula. Dan tiga tahun kemudian, pada 4 Julai lalu, pasangan ini melangsungkan majlis perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, kata Apostolou, rancangan untuk membawa Gibson sebagai temannya ke majlis perkahwinan kakaknya itu terpaksa dibatalkan.
Pun begitu, mereka bertemu janji untuk kali pertama pada minggu yang sama majlis perkahwinan itu berlangsung.
Pasangan itu kini sedang berbulan madu dan belum bersedia melakukan temuramah dengan mana-mana agensi media.
Madiha Abdullah
Fri Jul 07 2017
Pada 4 Julai lalu, pasangan ini melangsungkan majlis perkahwinan mereka.- FOTO/Twitter Phil Gibson
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Dari 'teman lelaki upahan', akhirnya jadi suami
Apostolou ketika itu mencari seorang lelaki untuk dijadikan teman untuk menghadiri majlis perkahwinan kakaknya.