awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demi martabatkan warisan, empat negara termasuk Malaysia sepakat calonkan kebaya ke Unesco!

Nona
Nona
27/11/2022
01:30 MYT
Demi martabatkan warisan, empat negara termasuk Malaysia sepakat calonkan kebaya ke Unesco!
Idea pencalonan kebaya ini dicadang dan diselaraskan oleh Malaysia dan dibincangkan sebagai sebahagian siri mesyuarat kerja dalam kalangan beberapa negara pada 2022. - Foto Nona
KEBAYA merupakan sebagai jenis pakaian (atasan/blouse) pertama yang dipakai wanita Melayu pada kurun waktu abad ke-15 atau ke-16 Masihi.
Persalinan kebaya cukup sinonim dengan adat resam negara dan dikhabarkan berasal daripada baba nyonya dan kemudian menyebar ke seluruh bahagian Nusantara.
Persalinan yang diperbuat utamanya daripada kain kasa dipasangkan dengan sarung, batik atau pakaian tradisional lain seumpamanya seperti songket dengan motif pelbagai corak dan warna.
Dan baru-baru ini Malaysia bersama Singapura, Brunei dan Thailand telah bersepakat mencalonkan pakaian tradisi kebaya untuk dilestarikan dalam Senarai Perwakilan Unesco bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH).
Pencalonan yang akan dikemukakan pada Mac 2023 ini akan memartabatkan kebaya yang telah wujud sejak permulaan abad ke-20 sebagai busana budaya dan tradisi banyak masyarakat di Asia Tenggara.
Ini menandakan pencalonan berbilang negara pertama melibatkan empat negara.
Facebook Linda Noor [Kebaya Nyonya London (Nyonya Melacca)]
Facebook Linda Noor [Kebaya Nyonya London (Nyonya Melacca)]
Idea pencalonan kebaya ini dicadang dan diselaraskan oleh Malaysia dan dibincangkan sebagai sebahagian siri mesyuarat kerja dalam kalangan beberapa negara pada 2022.
Ini merupakan pencalonan multinasional pertama Singapura, dan menjadi nominasi multinasional pertama yang melibatkan empat negara.
Brunei, Malaysia, Singapura dan Thailand bersetuju bekerjasama dalam pencalonan tersebut kerana kebaya mewakili dan meraikan sejarah kaya di rantau ini dan menggalakkan pemahaman silang budaya.
Semoga warisan budaya ini dapat dikenali satu dunia dan dikekalkan untuk anak cucu kita. - Nona/beritaharian.sg
Topic Berkaitan
#kebaya
#Unesco
#warisan budaya
#pakaian tradisional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan