Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Oktober 2025.
Selain Wan Saiful, empat lagi ahli turut dipecat selepas sesi pendengaran pada 8 Oktober 2025, berdasarkan siasatan menyeluruh oleh Lembaga Disiplin.
Ashraf menyokong ketegasan Dr Zaliha dalam membetulkan naratif dan yakin pendekatan telus kerajaan akan memulihkan keyakinan rakyat terhadap dasar pembangunan bandar.
Datuk Yusof Yacob disokong sebagai calon GRS berdasarkan rekod kepimpinan dan komitmen beliau terhadap pembangunan serta kesejahteraan komuniti Sindumin.
Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut ditikam pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di Petaling Jaya, pada Selasa.
Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa wujud amalan menoreh lengan dikenali sebagai “barcode” membabitkan segelintir pelajar sekolah SMKA Tun Datu Mustapha.
6. Gencatan senjata di Gaza tidak wajar menjadi sekadar jeda antara peperangan - PM
6. Gencatan senjata di Gaza tidak wajar menjadi sekadar jeda antara peperangan - PM
Usaha gencatan senjata di Gaza tidak seharusnya menjadi sekadar jeda antara peperangan meskipun beliau mengulangi sokongan terhadap inisiatif damai yang disaran Presiden Amerika.
Polis sudah menyerahkan kertas siasatan berkaitan isu pengibaran bendera Israel ketika program "500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza" yang berlangsung di Lembah Sireh, di sini, Jumaat lepas, kepada pendakwa raya negeri hari ini untuk tindakan lanjut.
Sebanyak 350,967 pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) membaharui lesen sejak pengenalan subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) setakat 8 Okt lepas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Populasi Orang Asli di Malaysia dianggarkan meningkat kepada 227,900 pada 2025 berbanding 213,461 pada 2020 dengan kadar purata pertumbuhan tahunan penduduk sebanyak 1.2 peratus.
Kerajaan menyemak semula kriteria pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan ijazah pertama yang memperoleh keputusan cemerlang bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerimanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami