awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#DiariLockdown: Ramai rindu makan di luar dan 'Food Hunting' seperti sebelum PKP dilaksanakan

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
17/06/2021
14:08 MYT
#DiariLockdown: Ramai rindu makan di luar dan 'Food Hunting' seperti sebelum PKP dilaksanakan
Gaya hidup rakyat Malaysia yang gemar makan di luar dan melakukan Food Hunting kian berubah. - Gambar fail
SETIAP orang mesti mempunyai kedai makan kegemaran yang sering dikunjungi untuk menikmati makanan dan bersantai bersama keluarga mahupun kenalan rapat.
Namun sejak total lockdown dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kemeriahan suasana itu hanya mampu dibayangkan dan dirindui sahaja.
Bukan itu sahaja, gaya hidup rakyat Malaysia yang gemar makan di luar dan melakukan ‘Food Hunting’ juga berubah apabila kerajaan melaksanakan perintah itu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Menerusi tanda pagar #DiariLockdown, kami kongsikan kepada anda perkongsian tempat makan kegemaran sebahagian pengguna media sosial, sebelum wabak virus COVID-19 ini melanda negara.
Menurut pengguna laman YouTube, Watchman dan MR HSF, tiada tempat yang lebih menyeronokkan daripada makan di restoran mamak.
Malah, MR HSF berkata Kedai Mamak Ali Maju adalah kedai mamak kegemarannya.
Kedai mamak sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia
Kedai mamak sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia
MR HSF suka lepak di Kedai Mamak Ali Maju
MR HSF suka lepak di Kedai Mamak Ali Maju
Kata Muhd firmannn pula, kedai makan kegemarannya adalah di Warung Che Senah di Kampung Bharu.
Muhd Firmannn pula lebih gemar ke Warung Che Senah di Kampung Bharu
Muhd Firmannn pula lebih gemar ke Warung Che Senah di Kampung Bharu
Pengguna laman Facebook, Ad Aree pula memberitahu dia lebih gemar makan nasi kandar di Jalan Tun Abdul Rahman.
Ad Aree menyatakan Nasi Kandar di Jalan TAR menjadi pilihan tempat makan kegemarannya.
Ad Aree menyatakan Nasi Kandar di Jalan TAR menjadi pilihan tempat makan kegemarannya.
Namun begitu, ada juga pengguna laman sosial yang masih bimbang untuk makan di luar.
Kata Josep Totep, dia agak trauma kerana risau jika wujud kluster di tempat makan yang dikunjunginya.
Ada juga yang trauma untuk makan di luar ketika penularan COVID-19 masih tidak selesai.
Ada juga yang trauma untuk makan di luar ketika penularan COVID-19 masih tidak selesai.
Malah, kata Lan Bond pula, dia agak risau jika selepas PKP berakhir kedai makan kegemarannya sudah tidak lagi beroperasi.
Lan Bond pula risau kedai kegemarannya tutup selepas PKP selesai
Lan Bond pula risau kedai kegemarannya tutup selepas PKP selesai
Topic Berkaitan
#media sosial
#rakyat Malaysia
#laman sosial
#Malaysia
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#trauma
#total lockdown
#COVID-19
#YouTube
#Facebook
#DiariLockdown
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan